PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 27, daripada kedua-dua pertuduhan itu.
"Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan," katanya.
Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Syed Shah Iqmal, yang memakai kot berwarna hijau kelihatan tenang sepanjang prosiding kes itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memohon Syed Shah Iqmal dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada dua pertuduhan itu.
Norhashimah berkata permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 254 (2) Kanun Tatacara Jenayah.
"Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNAA, memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya, sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai 'Death Wishes'," katanya.
Norhashimah berkata pihak pendakwaan masih boleh meneruskan kes itu walaupun pengadu menarik balik laporan polis.
"Pengadu atau mangsa tidak hadir di mahkamah untuk angkat sumpah bagi memberi keterangan berkenaan laporan polis yang ditarik balik. Dalam kes ini, pihak pendakwaan sendiri yang mohon DNAA setelah ambil kira keadaan kesihatan pengadu yang tidak mengizinkan pada tahap ini," katanya.
Norhashimah berkata perintah DNAA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dan dia tidak perlu rasa terbeban, malah telah dilepas dengan ikat jamin oleh mahkamah sebelum ini.
Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan tersebut kerana pihak pembelaan percaya pengadu tidak berniat untuk meneruskan kes dan pihak pendakwaan juga hanya akan berpaksikan kepada keterangan lisan pengadu.
"Alasan pengadu mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan merupakan suatu alasan yang goyah. Wajar untuk berasa simpati, namun mahkamah telah menetapkan 13 kali tarikh termasuk sebutan kes tetapi pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lepas.
"Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan," kata peguam itu.
Syed Amirul berkata siasatan yang dibuat adalah berdasarkan laporan polis oleh pengadu menyebabkan anak guamnya didakwa di mahkamah pada 10 Dis 2020.
"Ini bermakna sudah 538 hari kes ini berjalan sejak tertuduh didakwa, namun hari ini pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat untuk meneruskan kes.
"Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon kata putus daripada mahkamah bagi mengelakkan kes tersebut terus tergantung dan Syed Shah Iqmal boleh dituduh pada bila-bila masa dan akan terus dihantui sebagai pesalah seks," katanya.
Syed Shah Iqmal ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau bersyukur kerana sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa apabila dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan jenayah seksual yang dihadapinya sejak dua tahun lepas.
"Alhamdulillah saya tidak mampu untuk berkata-kata, hanya bersyukur kepada Allah SWT atas keputusan mahkamah hari ini. Selepas ini kalau ada mana-mana pihak yang ingin memberikan tawaran untuk berlakon, saya terima sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Mahkamah melepas dan membebaskan Da'i Syed daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. - Foto BERNAMA
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
'Kami sampai...' - Isteri akui rumah tangga pernah goyah berikutan kontroversi rogol Da'i Syed
Hana berkata, kes rogol yang melibatkan suaminya itu menimbulkan syak wasangka sehingga menyebabkan dirinya bergaduh dengan Da'i Syed.
Da'i Syed selamat bernikah dengan pengacara Hana Ismail, terima mas kahwin gelang emas
Pendakwah bebas, Da'i Syed selamat bernikah dengan pengacara TV, Hana Ismail dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur pada jam 11.46 pagi Sabtu.
'Lembut hati, muliakan ulama antara sifat ada pada Da'i Syed' - Hana Ismail
Pengacara jelita Hana Ismail mengakui keperibadian lembut hati membuatkan dia tertarik untuk menerima kehadiran pendakwah bebas, Da'i Syed untuk dijadikan bakal suami.
Da'i Syed bebas tuduhan seks luar tabii, cabul penuntut kolej swasta
Da'i Syed bebas daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Kes jenayah seksual Da'i Syed diteruskan atau ditarik balik diketahui 31 Mei
Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.
Kes rogol Da'i Syed: Sebutan semula 5 Julai
Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 5 Julai untuk mendengar semula kes pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, yang didakwa atas satu tuduhan rogol.
Da'i Syed tuntut pihak dakwanya merogol padam kenyataan, minta maaf, atau berdepan tindakan mahkamah
Da'i Syed menyifatkan dakwaan itu adalah tohmahan yang amat dahsyat terhadap dirinya.