awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa anak dipukul guru, ibu mahu pembelaan sewajarnya

Bernama
Bernama
24/01/2025
12:15 MYT
Dakwa anak dipukul guru, ibu mahu pembelaan sewajarnya
Syahmina berkata dia dan suami berharap tindakan diambil terhadap individu bertanggungjawab menyebabkan anaknya mengalami kecederaan dalam telinga (koklea). - Gambar Bernama
BAGAN SERAI: Ibu kepada murid yang cedera didakwa akibat dipukul guru pada 10 Dis lepas mahu anaknya mendapat pembelaan sewajarnya.
Syahmina Mohd Azim, 39, berkata dia dan suami Mohd I'zzat Emir Mohd Zaharee, 39, berharap tindakan diambil terhadap individu bertanggungjawab menyebabkan anaknya mengalami kecederaan dalam telinga (koklea).
Dalam sidang media di sini hari ini, dia berkata anaknya kini sedang menjalani rawatan pemulihan di sebuah hospital dan mungkin mengambil masa antara empat hingga lima bulan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff dalam kenyataannya mengesahkan menerima laporan polis mengenai insiden itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita mendakwa anak lelakinya cedera akibat ditampar dan ditumbuk gurunya sehingga mengalami gegaran dalam telinga.
Syahmina berkata keluarganya terkilan kerana insiden itu berlaku di sekolah namun menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan undang-undang yang setimpal.
Sementara itu, jurulatih renang AS Swimming Academy Aznil Suhaili Jamaludin, 39, berkata murid itu adalah atlet renang yang berpotensi.
"Tidak ramai murid seusia dia mampu lakukan bagi renang gaya bebas 50 meter kebiasaannya dilakukan dalam tempoh 49 saat namun dia boleh catat masa 36 saat sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#renang gaya bebas
#undang-undang
#rawatan pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan