awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa difitnah, Zarina Anjoulie buat laporan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2022
21:45 MYT
Dakwa difitnah, Zarina Anjoulie buat laporan polis
Zarina berkata, pemilik salon itu telah memuat naik beberapa video berkenaan dirinya secara berterusan yang bertujuan menaikkan 'viewnya'. - Foto Instagram/@anjoulielavocah1
NILAI: Polis mengesahkan menerima laporan daripada selebriti, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul pada Selasa berhubung hantaran video pemilik akaun Facebook yang didakwa memfitnahnya.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, polis menerima laporan daripada selebriti terbabit pada jam 2.30 pagi.
"Dia telah melaporkan bahawa pada 12 Ogos lalu telah melihat satu hantaran video dalam Facebook yang didapati bertujuan untuk memalukan dan menfitnahnya.
"Tujuannya membuat laporan polis adalah untuk merujuk perkara tersebut kepada peguam dan untuk tindakan saman sivil," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.
Menurutnya, kes itu telah diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) untuk tindakan saman sivil.
Sementara itu menerusi 'IG Story' di Instagram milik Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju turut menjelaskan kenapa laporan polis itu dibuat terhadap individu terbabit.
Jelasnya, pemilik salon itu telah memuat naik beberapa video berkenaan dirinya secara berterusan yang bertujuan menaikkan 'viewnya'.
"Ia juga bertujuan memalukan Anju dan mengaibkan Anju. Anju dah pesan pada dia tapi dia tak mahu berhenti.
"Anju tak mahu berbalah dekat Instagram macam budak kecil. Jadi Anju ambil keputusan untuk saman dan Anju dah buat laporan polis," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zarina Anjoulie
#anju
#laporan polis
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan