Dakwa hina pelajar B40: 'Jangan terlalu hidung tinggi, kelak makan diri' - Fadzilah Kamsah

Gempak
Mac 30, 2022 07:33 MYT
FADZILAH: "Kita dari dulu diajar, "yang tua dihormati, yang muda disayangi." Masing-masing jangan berasa sombong. Yang tua lebih banyak makan garam, yang muda lebih kenal masa sekarang." - Gambar fail
PENCERAMAH motivasi terkenal Datuk Fadzilah Kamsah tampil mengulas perilaku seorang pensyarah institusi pengajian tinggi awam yang memperlekeh kemampuan pelajar seperti tular di media sosial sejak Selasa.
Kongsi Fadzilah, beliau turut sayu dan bersimpati dengan nasib yang menimpa pelajar kurang berkemampuan seperti yang berlaku dalam klip video yang tular itu.
“Yang tua dihormati yang muda disayangi, jangan terlalu hidung tinggi kelak nanti memakan diri
“Semalam tular satu posting video di mana seorang pensyarah merendahkan pelajarnya kerana tak mampu beli komputer untuk kegunaan belajar.
“Masa anak-anak kita belajar kelas online, kita sendiri pernah merasa keadaan ini. Lagi-lagi kalau kita bukan daripada keluarga yang senang. Sayu hati bila tengok pelajar-pelajar yang menghadapi cabaran kerana kekurangan dari segi kewangan.
BACA: Video pensyarah didakwa hina pelajar dirakam semester lalu, bukan semalam - Naib Canselor UiTM
“Kita dari dulu diajar, "yang tua dihormati, yang muda disayangi." Masing-masing jangan berasa sombong. Yang tua lebih banyak makan garam, yang muda lebih kenal masa sekarang,” ujarnya menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya, pada Rabu.
Video Tular | UiTM ambil tindakan kes pensyarah tular marah pelajar
BACA: Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Terdahulu, menerusi video berdurasi 1.45 minit itu, pensyarah berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak.
Video Tular | MPP UiTM gesa tindakan terhadap pensyarah
Namun, disebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuk pekerjaan ibu bapanya.
“Bapa kau kerja apa, mak dah tak ada? Bapa tak kerja? kau tak ada adik-beradik?
#video tular #Universiti Teknologi MARA #B40 #pelajar tiada komputer riba