awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa tiada stok, peruncit sorok 1.6 tan minyak masak di rumah sendiri

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
26/05/2023
07:40 MYT
Dakwa tiada stok, peruncit sorok 1.6 tan minyak masak di rumah sendiri
Serbuan disertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Pulau Pinang kira kira jam 1.50 tengah hari itu turut menahan seorang lelaki berusia 50-an bagi membantu siasatan. - Gambar/ Astro AWANI
SEBERANG PERAI: Tindakan seorang peruncit menyorok 1.6 tan minyak masak bersubsidi di dalam rumahnya kerana mahu menjual di pasaran luar dengan harga tinggi akhirnya terbongkar.
Ia selepas premis kediamannya di Taman Seri Tambun, Simpang Ampat, itu diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang pada Khamis.
Serbuan disertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Pulau Pinang kira kira jam 1.50 tengah hari itu turut menahan seorang lelaki berusia 50-an bagi membantu siasatan.
Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, semasa pemeriksaan dilakukan pihak KPDN secara penyamaran, peruncit memaklumkan premisnya sudah kehabisan bekalan minyak masak.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui 1,557 kilogram minyak masak peket disimpan di ruang tamu rumah berkenaan.
"Siasatan mendapati, dia menerima stok namun boleh disimpan di kedai sahaja kerana lesen dikeluarkan ikut alamat kedai.
"Tetapi bila pegawai KPDN lakukan siasatan melalui penyamaran, di kedai runcit dia tak ada langsung minyak, dia kata tiada stok... maksudnya dia sorok minyak di rumah dialah di kawasan premis yang tidak dibenarkan," katanya.
Mengulas lanjut, Jegan berkata, berdasarkan permit barangan kawalan berjadual tersebut, dia dibenarkan menyimpan sebanyak 500 kilogram paket sahaja. Namun dia didapati menyimpan stok jauh lebih banyak.
Jegan berkata anggaran jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM3,892 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Dalam pada itu, Jegan juga mengingatkan kepada mana-mana individu yang cuba menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi seperti minyak masak ini supaya tidak berbuat demikian jika enggan dikenakan tindakan tegas.
Pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan daripada orang ramai berhubung aktiviti penyelewengan barang berkenaan melalui beberapa saluran yang ditetapkan sebelum ini.
Jegan berkata demikian pada sidang media di Stor penyimpanan Eksibit KPDN di Bukit Minyak, Pulau Pinang pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#sorok minyak masak
#peruncit
#pulau pinang
#minyak masak peket bersubsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan