MALAYSIA
Dakwaan 10,000 pelajar Bangladesh dibenar bekerja di negara ini tidak benar - Zambry
Zambry menggesa agar kenyataan berkaitan pendidikan tinggi dibuat berdasarkan fakta sahih dan bukan spekulasi, selaras dengan prinsip akademik. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir menafikan dakwaan kononnya 10,000 pelajar Bangladesh di Malaysia akan diberikan 'Graduate Pass' bagi membolehkan mereka bekerja di negara ini.
Ringkasan AI
Beliau berkata tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah Dr Haim Hilman Abdullah itu jelas tidak berasas dan Exco Kedah itu perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berhubung apa-apa isu termasuk yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
"Hanya berdasarkan laporan surat khabar di Bangladesh, beliau (Haim Hilman) telah membuat tuduhan bahawa saya telah bersetuju mempertimbangkan 'Graduate Pass' kepada 10,000 pelajar Bangladesh di Malaysia untuk membolehkan mereka bekerja di sini.
"Tuduhan berkenaan adalah tidak benar dan tidak tepat sama sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zambry berkata semasa lawatan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh Prof Muhammad Yunus baru-baru ini, tidak ada sebarang Memorandum Persefahaman (MoU) atau perjanjian ditandatangani yang mengikat Malaysia untuk menerima 10,000 pelajar Bangladesh bekerja di negara ini.
Beliau berkata dakwaan bahawa wujud perjanjian sedemikian adalah tidak berasas dan kenyataan Haim Hilman yang mendakwa kononnya rakyat resah kerana Malaysia telah bersetuju dengan perkara ini adalah sangat tidak bertanggungjawab.
"Sebagai seorang berlatarkan akademik, beliau seharusnya membuat kenyataan berdasarkan fakta yang benar, tepat, dan sahih, bukannya spekulasi atau menyebarkan maklumat semberono. Prinsip akademik menuntut kepada informasi yang berintegriti, bertepatan dan kebenaran.
"Saya ingin menegaskan agar Haim Hilman tidak sewenang-wenangnya mencipta persepsi dengan menyampaikan maklumat yang tidak tepat serta mengelirukan rakyat. Budaya menghasilkan 'content' untuk diviralkan di media sosial dengan fakta yang salah perlu segera dihentikan," katanya.
Haim Hilman membuat dakwaan itu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Khamis dan rakaman ucapannya itu kemudian turut dimuat naik di laman sosial TikTok beliau yang juga Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Jitra.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk membenarkan 10,000 pelajar Bangladesh bekerja di negara ini.
- Tuduhan oleh Exco Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah, yang dibuat berdasarkan laporan media Bangladesh, disifatkan sebagai tidak tepat dan sangat tidak bertanggungjawab.
- Zambry menggesa agar kenyataan berkaitan pendidikan tinggi dibuat berdasarkan fakta sahih dan bukan spekulasi, selaras dengan prinsip akademik.