Dakwaan ada undi tidak percaya terhadap Tun Mahathir mungkin 'kerja' cybertroopers

Rahimah Abdullah
Februari 21, 2019 06:54 MYT
Tiada berlaku undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan. - Foto fail
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyifatkan dakwaan berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan (PH) adalah sebahagian ‘kerja’ cybertroopers.
Malah, beliau sendiri tidak pernah mendengar atau mendapat aduan dari mana-mana pihak dalam PH berhubung perkara itu.
“Ini semua kerja banyak cybertroopers. Mereka boleh dapat banyak duit, kalau spin satu perkara. Saya tak dengar apa-apa mengenainya. Malah, sekarang orang makin suka Tun Dr Mahathir adalah dan ramai mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri, “ katanya dalam sidang media ERC di sini pada Khamis.
Malah beliau secara peribadi mahu Tun Dr Mahathir kekal memegang jawatannya sehingga habis penggal pentadbiran.
“Secara peribadi, ya (mahu Tun Mahathir) kekal. Beliau patut diberi peluang, diberi kesihatan baik dan beliau patut meneruskan apa yang beliau buat sekarang. He is doing fine,” ujar beliau lagi.
#Abdul Rashid Abdul Rahman #Bersatu #cybertroopers #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan