awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Ahli Parlimen kerajaan akan sokong PN hanya spekulasi - Fahmi

Bernama
Bernama
02/12/2023
10:05 MYT
Dakwaan Ahli Parlimen kerajaan akan sokong PN hanya spekulasi - Fahmi
Fahmi meminta supaya ahli politik parti pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat. - Gambar fail
SEPANG: Dakwaan pihak tertentu kononnya lebih ramai Ahli Parlimen dari kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) hanyalah spekulasi semata-mata, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan meminta supaya ahli politik parti pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat.
Beliau berkata kenyataan terbaru oleh seorang ahli politik pembangkang bahawa 10 Ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap PN untuk membentuk kerajaan baharu, bukanlah perkara yang menghairankan.
"Kalau kita lihat dari awal sampai sekarang, tiap-tiap bulan ada cerita baharu dan bagi saya ini adalah perkara yang sentiasa akan disebut-sebut, mungkin daripada pihak pembangkang, kerana ada dalam kalangan mereka yang menyebut perkara itu adalah daripada parti berkenaan, dan mereka sekarang dalam keadaan panik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri Program World #QuranConvention 2023 di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Ahli Parlimen Kerajaan
#Sokong PN
#sokong PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan