MALAYSIA
Dakwaan ajak bertumbuk: Tindakan tegas jika benar berlaku - Speaker Dewan Rakyat
Johari (foto) akan ambil tindakan tegas jika terbukti berlaku cubaan serangan fizikal di Dewan Rakyat susulan dakwaan Ahli Parlimen Pendang mengajak bergaduh. -Foto JaPen
KUALA LUMPUR: Tan Sri Johari Abdul menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya terbukti wujud cubaan serangan fizikal, susulan dakwaan seorang Ahli Parlimen telah mencabar untuk bergaduh di luar Dewan Rakyat.
Ringkasan AI
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu memaklumkan telah mengarahkan unit rakaman video dan audio untuk menyerahkan bahan bukti kepadanya.
Ia susulan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong membangkitkan isu keselamatan wakil rakyat selepas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim didakwa mengajak untuk bertumbuk pada Rabu.
"Kota Melaka, saya telah pun mengarahkan semua unit di dalam Parlimen termasuk unit video dan audio untuk memberikan saya bukti.
"Kalau ada bukti menunjukkan bahawa perlakuan tersebut terjadi atau tindakan untuk menyerang itu terjadi, saya akan ambil tindakan tegas kali ini," kata Johari di Dewan Rakyat pada Khamis.
Sebelum itu, Poay Tiong menggesa tindakan terhadap Awang Solahuddin yang didakwa melakukan isyarat seolah-olah mengajak Ahli Parlimen di blok kerajaan untuk bertumbuk di luar Dewan Rakyat.
"Tan Sri perlu ambil satu tindakan yang tegas terhadap Pendang sebab insiden ini telah disiarkan satu dunia. Semua orang sudah lihat apa berlaku semalam di dalam dewan.
"Dalam masa ini kita bincang tentang perbuatan buli, yang harus kita banteras... Tetapi apa yang berlaku semalam di sini Pendang nak bergaduh dengan Ahli Parlimen yang lain.
"Saya rasa itu satu perbuatan atau satu contoh yang amat tidak harus berlaku dalam dewan yang mulia ini," ujarnya.
Mengulas lanjut, Johari berkata cubaan untuk menggunakan kekerasan fizikal kepada mana-mana pihak disifatkan sebagai melangkaui 'garisan merah'.
"Saya tak matikan pun suara anda dalam mikrofon... Saya mahu beri peluang kerana anda semua ahli politik.
"Tetapi bila menggunakan atau cuba menggunakan tindakan fizikal, saya fikir ia sudah melampaui batas dan anda telah melangkaui garisan merah.
"Tetapi saya tak mahu tuduh... Saya sudah arah semua pihak buat siasatan, dan saya akan buat keputusan pada Isnin ini," katanya.
Ringkasan AI
- Tan Sri Johari Abdul menegaskan akan mengambil tindakan tegas jika terbukti berlaku cubaan serangan fizikal di Dewan Rakyat susulan dakwaan Ahli Parlimen Pendang mengajak bergaduh.
- Bukti video dan audio sedang dikumpul selepas Ahli Parlimen Kota Melaka membangkitkan isu keselamatan wakil rakyat dan menggesa tindakan terhadap insiden tersebut.
- Johari menyifatkan tindakan fizikal sebagai melampaui batas dan akan membuat keputusan rasmi selepas siasatan selesai pada Isnin.