awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin

Bernama
Bernama
22/07/2020
23:56 MYT
Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
TAKIYUDDIN: Dakwaan YB Bukit Gelugor tersebut adalah tidak berasas dan merupakan satu perbuatan mengelirukan Dewan. - Gambar fail
Dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh bahawa amalan membenarkan Ahli Parlimen memainkan bahan audio di dalam Dewan Rakyat pernah berlaku dalam tahun 2007, adalah tidak benar dan tidak berasas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.
"Dengan ini ditegaskan bahawa dakwaan YB Bukit Gelugor tersebut adalah tidak berasas dan merupakan satu perbuatan mengelirukan Dewan, yang merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan36 (12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sehubungan itu Takiyuddin berkata demi keadilan dan faedah keraguan (benefit of the doubt) Ramkarpal diberi peluang untuk membuktikan dakwaan tersebut, sehingga berakhirnya sidang Parlimen semalam.
Takiyuddin menegaskan kegagalan Ramkarpal untuk berbuat demikian boleh menyebabkan beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan 36 (12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Pada Selasa, semasa perbahasan titah diraja, Ramkarpal dalam usahanya untuk memainkan suatu 'audio' di dalam Dewan mengatakan, amalan membenarkan sesuatu bahan audio dimainkan di dalam Dewan pernah berlaku iaitu dalam tahun 2007.
Ramkarpal mendakwa ia pernah dilakukan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor (Karpal Singh) yang telah memainkan video atau audio berkaitan dakwaan rasuah Bekas Ketua Hakim Negara di dalam Dewan.
Ketika perbahasan itu, Ramkarpal membuat kenyataan yang berbunyi: "Pernah berlaku pada masa lalu, dalam kes bekas Ketua Hakim, Tun Zaki Azmi yang didakwa melakukan rasuah kepada pegawai mahkamah tertentu di Sarawak.
"Jika tidak silap, saya percaya ia berlaku sekitar tahun 2007 dengan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor juga melakukan perkara sama, iaitu memainkan video atau audio rakaman di Parlimen untuk tujuan memaklumkan kepada dewan, apa yang dinyatakan.
"Kerana ia ada dalam ucapan saya dan merupakan sebahagian daripada apa yang saya ingin nyatakan dalam perbahasan saya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#audio
#Bukit Gelugor
#dakwaan
#Dewan Rakyat
#Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
#Karpal Singh
#kesalahan
#mengelirukan
#Parlimen
#Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat
#Ramkarpal Singh
#Rasuah
#Takiyuddin Hassan
#Tidak Berasas
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan