MALAYSIA
Dakwaan arahan penutupan pondok tidak berdaftar di Kelantan, Kedah tidak benar - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Kerajaan Persekutuan atau jabatan di bawahnya akan mengarahkan penutupan pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Kerajaan Persekutuan atau jabatan di bawahnya akan mengarahkan penutupan pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah.
Ringkasan AI
Beliau berkata tiada sebarang arahan penutupan pondok dikeluarkan dan dakwaan tersebut adalah tidak benar, berniat jahat dan bersifat fitnah.
"Amat ketara perbuatan tidak bermoral dan memfitnah ini kerana ia tular tanpa menyatakan sebarang sumber yang sahih atau rasmi.
"Tindakan menyebarkan tuduhan tidak berasas terutamanya yang melibatkan isu sensitif seperti institusi agama adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengancam keharmonian masyarakat," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Mohd Na'im berkata Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memberi sokongan penuh kepada institusi pendidikan Islam termasuk sekolah pondok, madrasah dan tahfiz sebagai antara tunjang pembangunan Malaysia MADANI.
Beliau berkata pihak berkuasa agama sedang berusaha memastikan penambahbaikan sistem pendaftaran dan penarafan institusi pendidikan Islam demi menjaga kebajikan pelajar, keselamatan, kesihatan, serta kualiti pengajian agama agar lebih tersusun dan diiktiraf.
"Saya menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu atau fitnah yang boleh menjejaskan imej institusi Islam serta menimbulkan kekeliruan masyarakat.
"Sebarang maklumat sahih berkenaan dasar atau keputusan rasmi akan disalurkan melalui saluran rasmi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan agensi berkaitan.
"Marilah kita bersama-sama memelihara maruah institusi pondok dan pendidikan Islam serta menolak segala bentuk fitnah yang boleh memecah-belahkan umat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Agama Datuk Mohd Naim Mokhtar menafikan dakwaan kononnya kerajaan akan menutup pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah.
- Beliau menegaskan tuduhan itu fitnah serta menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menjejaskan keharmonian.
- Kerajaan memberi sokongan penuh kepada institusi pendidikan Islam dan sedang menambah baik sistem pendaftaran serta penarafan sekolah pondok, madrasah dan tahfiz.