KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dakwaan dia telah mendera remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di bilik dobi sebuah unit kondominium di Wangsa Maju adalah tidak masuk akal.
Siti Bainun, 31, berkata ini kerana keadaan bilik dobi itu yang terlalu sempit.
Beliau berkata demikian ketika disoal peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri wanita itu yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berusia 13 tahun tersebut.
Mohammad Farhan: Sebelum ini puan pernah dicadangkan oleh pendakwaan bahawa ruang bilik dobi besar namun puan menjawab tidak setuju. Kenapa puan tidak setuju?
Siti Bainun: Saya tidak setuju sebab selalunya yang masuk dalam ruang itu, kalau ada membeli barang dapur, hanya saya dan Yasmin sahaja. Kami boleh duduk untuk susun barang tetapi mustahil untuk saya, Yasmin, Aida termasuk Bella berdiri... untuk dera Bella, ia tidak mungkin dan saya tidak nampak logiknya.
Sebelum ini, saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun telah mengarahkannya untuk berbuat demikian kerana Bella tidak mengikuti arahan tertuduh agar berdiri di ruang dobi kondominium yang didiami mereka.
"Mengenai kejadian saya suruh Yasmin pegang Bella sebelum saya pijak lutut juga tidak berlaku kerana kalau betul, lutut Bella mesti patah dan cedera kerana ketika itu berat saya meningkat sebab saya ambil hormon untuk susukan anak saya," kata tertuduh.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa insiden termos jatuh ke atas Bella adalah rekaan semata-mata, Siti Bainun berkata ia adalah berdasarkan 'cerita' Yasmin kepadanya kerana ketika itu, dia tidak berada di rumah.
"Saya tiada di tempat kejadian, jadi saya tidak tahu bagaimana kejadian sebenar berlaku. Semasa saya balik ke kondominium, saya lihat benda itu sudah berlaku dan saya tidak rasa Yasmin tipu saya," katanya.
Tertuduh juga berkata Yasmin tidak pernah dilayan seperti 'hamba abdi' dan tidak wujud pilih kasih kerana Yasmin sentiasa diberi layanan yang sama seperti anak-anak jagaannya.
"Saya tidak pilih kasih, saya sayang Aida dan Balqis seperti anak saya sendiri. Yasmin adalah penghuni Rumah Bonda tetapi saya beri perhatian lebih kepada dia daripada penghuni Rumah Bonda yang lain. Hari jadi Aida pun saya tidak belikan kek.
"Yasmin bantu saya apabila saya ada kecemasan seperti perlu menghantar penghuni ke hospital untuk bersalin. Jika tidak, saya sentiasa berada di rumah kerana saya berniaga dari rumah, kerja di rumah. Yasmin hanya tinggal dengan saya," katanya.
Yasmin dalam keterangannya memaklumkan mahkamah bahawa dia telah dilayan seperti hamba abdi oleh Siti Bainun ketika menetap di rumah perlindungan itu.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. - Fail/BERNAMA
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000
Wanita yang mendera anaknya didenda RM8,000 dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kluang pada Ahad.
Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.
Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun
Ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun sejak Ogos lalu.
Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.
Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman
Dua pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kampung Raja di sini yang disyaki terbabit kes penderaan dua beradik direman enam hari bermula hari ini.
Budak lima tahun didera: Ibu ditahan, teman lelaki diburu
Polis giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati dekat sini.
Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan
Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.
Direktori CBO tingkat kesedaran masyarakat tangani kes komuniti setempat
Katanya, isu penjagaan keselamatan golongan rentan dalam komuniti, termasuk mangsa keganasan rumah tangga, tidak boleh dipandang remeh.