awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan cabul: Guru lelaki dibebas dengan jaminan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
26/07/2022
22:00 MYT
Dakwaan cabul: Guru lelaki dibebas dengan jaminan polis
Seorang guru lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Langkawi dibebaskan dengan jaminan polis. -Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang guru lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Langkawi dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, guru lelaki berusia 48 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman sejak 21 Julai lalu.
“Setakat ini, rakaman percakapan guru tersebut, mangsa dan saksi kes telah selesai.
“Beberapa dokumen juga sedang diperoleh untuk melengkapkan siasatan, seterusnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.
Sebelum ini, media melaporkan seorang guru lelaki direman seminggu untuk membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Langkawi susulan laporan polis seorang wanita.
BACA: Guru ditahan kes cabul murid perempuan 12 tahun
Kes disiasat di bawah seksyen 14/a Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cabul murid perempuan
#sekolah di Langkawi
#Shariman Ashari
#bebas dengan jaminan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan