MALAYSIA
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar dalam kenyataan berkata kejadian itu, telah terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular baru-baru ini. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kejadian mendatangkan cedera melibatkan pegawai dan anggota polis semasa menjalankan tangkapan, dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor hari ini untuk nasihat dan arahan lanjut.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar dalam kenyataan berkata kejadian itu, telah terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular baru-baru ini.
"Laporan polis diterima pada 18 Nov 2025 daripada seorang perempuan Melayu, mendakwa anak lelakinya telah dipukul semasa proses tangkapan dilakukan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera.
Kumar menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam memastikan ketelusan dan integriti siasatan sentiasa diutamakan, bagi menjamin keadilan serta tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku.
Semalam, Bernama melaporkan polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki warga tempatan dipukul oleh individu dipercayai anggota polis, di sebuah rumah di Kampung Sungai Ingat, Banting bulan lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat DSP Mohd Sufian Amin berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa, yang mendakwa menerima satu rakaman CCTV berdurasi tiga minit yang memaparkan anaknya ditampar oleh individu memperkenalkan diri sebagai polis.
Menurut laporan itu, anak pengadu ditampar beberapa kali dengan tujuan ingin mencari barang bukti dan bapa pengadu juga memaklumkan menyaksikan perkara itu berlaku.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kertas siasatan insiden cedera anggota polis semasa tangkapan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor hari ini bagi nasihat lanjut, selepas kes direkodkan dalam CCTV dan tersebar di media sosial.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana anak lelaki seorang wanita Melayu dilaporkan dipukul semasa proses tangkapan, menimbulkan kebimbangan masyarakat tentang keselamatan ketika berurusan dengan polis.
- Polis menegaskan komitmen terhadap ketelusan siasatan dan menjamin keadilan, serta sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki dipukul oleh individu yang dikatakan anggota polis, selepas menerima laporan daripada ibu mangsa.