awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan ejen jualan cuba culik kanak-kanak hanya salah faham

Sinar Harian
Sinar Harian
29/09/2022
00:45 MYT
Dakwaan ejen jualan cuba culik kanak-kanak hanya salah faham
Antara gambar yang ditularkan mendakwa berlaku cubaan culik kanak-kanak di Ajil, Hulu Terengganu. - Foto Sinar Harian
HULU TERENGGANU: Dakwaan tular mengatakan berlaku cubaan culik melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun oleh jurujual jualan langsung yang datang ke sebuah rumah di Kampung Menerong, Ajil di sini pada Selasa adalah tidak benar.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati perkara itu berlaku akibat salah faham di antara ibu kanak-kanak terbabit dan sekumpulan jurujual peralatan gas memasak.
Beliau berkata, pihak polis telah memanggil tiga ejen jualan itu untuk diambil keterangan susulan laporan polis dibuat suri rumah terbabit jam 3.50 petang pada Selasa.
"Siasatan ke atas jurujual terbabit mendapati tiada unsur atau cubaan menculik kanak-kanak sebagaimana didakwa.
"Polis turut menyiasat latar belakang ejen jualan itu yang dikenal pasti tinggal di sebuah rumah sewa di Marang.
"Hasil siasatan ke atas mereka yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu mendapati kumpulan itu adalah wakil jurujual syarikat peralatan keselamatan tong gas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Adli berkata, pihak polis telah memberi amaran kepada jurujual berkenaan supaya menghentikan aktiviti jualan dari rumah ke rumah bagi mengelak salah faham.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai maklumat tular di media sosial serta mengelak menyebarkan berita yang tidak sahih," jelas beliau.
Selasa lalu tular di media sosial seorang suri rumah berusia 29 tahun mendakwa anak perempuannya yang berusia empat tahun cuba dilarikan sekumpulan individu tidak dikenali yang mengunjungi rumahnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kumpulan jurujual yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita terbabit dikatakan menawarkan peralatan gas memasak namun ditolak suri rumah berkenaan.
Jurujual wanita itu juga didakwa secara tiba-tiba mahu menarik tangan kanak-kanak perempuan itu namun kanak-kanak terbabit sempat berpaut kepada ibunya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Adli Mat Daud
#culik
#salah faham antara ibu dan jurujual
#Polis Hulu Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan