awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa

Bernama
Bernama
26/03/2024
13:10 MYT
Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya hanya menerima lima laporan daripada doktor yang ditohmah, dalam kes berkenaan. - Foto BERNAMA
IPOH: Polis setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berhubung dakwaan gangguan seksual serta ugutan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya hanya menerima lima laporan daripada doktor yang ditohmah, dalam kes berkenaan.
"Kita meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Sebelum ini tular surat layang yang dimuat naik dalam Facebook dan aplikasi X, yang mendakwa doktor di hospital tersebut sering melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita, khususnya di Jabatan Ortopedik dan mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Feisul Idzwan Mustapha kemudian dilapor berkata pihaknya menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas, bagi menyiasat dakwaan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#laporan polis
#HRPB
#mangsa
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan