awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan 'gua kosong' bawah KL: Tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal berkhidmat di UM

Bernama
Bernama
26/08/2024
10:35 MYT
Dakwaan 'gua kosong' bawah KL: Tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal berkhidmat di UM
Jabatan Geologi UM dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia. -Facebook
KUALA LUMPUR: Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan terdapat ahli geologi bernama Dr Sarah Jamal berkhidmat di universiti berkenaan.

Ringkasan AI
  • Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM) menafikan kewujudan ahli geologi bernama Dr Sarah Jamal di universiti tersebut.
  • Ketua Jabatan Geologi UM, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan, menyatakan bahawa artikel yang mendakwa kewujudan "gua kosong yang amat besar" di bawah Kuala Lumpur adalah palsu.
  • Tambahnya, tiada ahli geologi bernama "Sarah Jamal" didaftarkan dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

Ketua Jabatan Geologi Fakulti Sains Universiti Malaya Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Geologi UM berkata tiada ahli geologi bernama "Sarah Jamal" didaftarkan dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.
"Kandungan artikel ini adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu.
"Staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India yang melibatkan kehilangan nyawa, memandangkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) serta penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan selain punca kejadian masih tidak dipastikan," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan satu artikel tular di media sosial yang kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari UM bernama Dr Sarah Jamal yang mendakwa terdapat "gua kosong yang amat besar" di bawah bandar raya Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Geologi Universiti Malaya
#tanah jerlus
#Dr Sarah Jamal
#ahli geologi
#kandungan palsu
#gua kosong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan