awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan hina Unduk Ngadau: Marcel Jude fail saman fitnah persatuan tempatan, presiden

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
17/06/2021
15:04 MYT
Dakwaan hina Unduk Ngadau: Marcel Jude fail saman fitnah persatuan tempatan, presiden
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah TInggi Kota Kinabalu itu, Marcel telah menamakan dua defendan, iaitu Shalmon Sanangan serta Persatuan Pengamal Adat Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Marcel Jude Joseph, peguam kepada bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah memfailkan saman fitnah terhadap sebuah persatuan tempatan dan presidennya kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah TInggi Kota Kinabalu itu, Marcel telah menamakan dua defendan, iaitu Shalmon Sanangan serta Persatuan Pengamal Adat Sabah.
Beliau turut mendakwa bahawa mereka telah menghalangnya daripada menjalankan tugas sebagai seorang peguam.
Jelasnya, beliau tidak pernah menyebut istilah ‘persembahan lembu eksotik’ dalam prosiding mahkamah yang diadakan pada 10 Jun lalu, dihadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.
Terdahulu, Marcel telah membuat permohonan maaf kepada Joanna Kitingan selaku Ketua Penganjur Unduk Ngadau kerana didakwa telah menyamakan pertandingan Unduk Ngadau dengan ‘persembahan lembu eksotik’.
Bagaimanapun, beliau berkata isitilah itu tidak pernah dibacakannya dalam prosiding mahkamah tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan dalam satu sidang media baru-baru ini berkata beberapa wakil daripada persatuan-persatuan Kadazandusun Murut dan Rungus (KDMR) telah mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.
Justeru, mereka telah mencapai keputusan bersama untuk mengambil tindakan lanjut terhadap peguam tersebut atas tindakanya yang didakwa telah menghina pertandingan Unduk Ngadau.
Topic Berkaitan
#Marcel Jude Joseph
#saman fitnah
#STAR
#Shalmon Sanangan
#Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
#Persatuan Pengamal Adat Sabah
#unduk ngadau
#Joanna Kitingan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan