Dakwaan jalan mendap dekat terowong Genting Sempah tidak benar - Anih Berhad

Bernama
September 9, 2016 09:18 MYT
Dakwaan bahawa jalan selepas terowong Genting Sempah arah Kuala Lumpur-Kuantan mendap seperti yang tersebar di laman sosial WhatsApp adalah palsu. -Gambar fail/panoramio.com
Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Anih Berhad hari ini, menafikan dakwaan bahawa jalan selepas terowong Genting Sempah arah Kuala Lumpur-Kuantan mendap seperti yang tersebar di laman sosial WhatsApp.
Jurucakapnya berkata berita itu palsu dan pengguna jalan raya boleh mengikuti perkembangan berkaitan berita dan trafik menerusi Twitter @LPTTrafik.
Dakwaan jalan mendap itu tersebar semasa orang ramai dijangka akan menggunakan laluan itu yang merupakan laluan utama ke pantai timur untuk pulang ke kampung sempena Aidiladha Isnin ini.
Selain dikatakan jalan mendap, dakwaan itu turut meminta mereka yang berhajat pulang ke kampung untuk mencari laluan alternatif kerana bimbang jalan akan ditutup sekiranya hujan berterusan.
#Anih Berhad #jalan mendap #Kuala Lumpur-Kuantan #Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak #pemegang konsesi #Terowong Genting Sempah