Dakwaan kasut mahal MB Onn Hafiz: 'Benda macam ini pun jadi isu?' - Tunku Ismail

Ridauddin Daud
Julai 12, 2022 05:09 MYT
Tunku Ismail hairan apabila kasut dipakai Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjadi sasaran kritikan warganet baru-baru ini. -Gambar fail/Bernama
PEMANGKU Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa hairan apabila kasut dipakai menteri besar Datuk Onn Hafiz Ghazi menjadi sasaran kritikan warganet baru-baru ini.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, Tunku Ismail secara berseloroh mencadangkan Onn Hafiz agar hanya memakai selipar selepas ini.
"Benda macam ini pun jadi isu? Dato (Onn Hafiz), saya cadangkan lepas ni Datuk pakai selipar saja.
"Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Datuk dan beberapa pegawai kerajaan.
"Datuk, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja," tulisnya.

Benda mcm ni pun jadi issue? Dato sy cadangkan lepas ni Dato pakai selipar aja. Baru smlm saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato & beberapa pegawai kerajaan. Dato, nasihat sy jalankan tugas utk negeri Johor. Jgn melayan sangat apa org nak cakap. Yg penting buat kerja. https://t.co/XCOJ6Ua93c

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) July 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kasut dipakai Menteri Besar Johor itu menjadi buah mulut warganet selepas beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu tersebut yang memetik akaun media sosial milik seorang individu yang mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit.
Onn Hafiz pada Isnin bagaimanapun menafikan beliau telah membeli sepasang kasut berharga puluhan ribu ringgit.
Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
BACA: Kasut kurniaan Sultan Johor - Onn Hafiz
Isu Tular | Kasut itu kurniaan Sultan Johor - Onn Hafiz
#onn hafiz ghazi #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #kasut berharga puluhan ribu ringgit #Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar