awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Kerajaan Perpaduan tidak boleh dikritik tidak benar - Teo Nie Ching

Bernama
Bernama
23/12/2022
08:45 MYT
Dakwaan Kerajaan Perpaduan tidak boleh dikritik tidak benar - Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching pada sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana di pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM), hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching menyangkal dakwaan kabinet Kerajaan Perpaduan tidak boleh dikritik termasuk di media sosial dan boleh berdepan tindakan disekat (blocked) dan disaman.
Sebaliknya, beliau berkata rakyat dialu-alukan untuk menyampaikan pandangan terutama kritikan membina tetapi tidaklah sehingga mengeluarkan kenyataan yang boleh melanggar undang-undang.
"Saya tidak tahu kenapa anggapan ini wujud kerana saya rasa memang ini (dakwaan) tidak betul.
"Seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menyebut beliau mengalu-alukan kritikan membina, bukan cakap tak boleh kutuk Perdana Menteri, menteri atau timbalan-timbalan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana di pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor Bahru, di sini, hari ini.
Teo bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak mahu ucapan kebencian demi menjaga sentimen dan keharmonian masyarakat, selain kenyataan yang melanggar undang-undang khasnya isu 3R (race, religion, royalty) iaitu perkauman, agama dan raja.
Ahli Parlimen Kulai itu berharap tidak ada pihak yang memainkan isu 3R berkenaan sehingga menimbulkan situasi yang tidak baik.
Katanya kerajaan dan agensi terlibat juga bertanggungjawab untuk memastikan informasi palsu tidak tersebar luas terutama melibatkan isu keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Kementerian Komunikasi dan Digital
#Teo Nie Ching
#kiritik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan