MALAYSIA
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Sesi Penerangan Khas mengenai isu jajaran sempadan Malaysia–Indonesia di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan adalah tidak benar dan berunsur penipuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, beliau meminta semua pihak supaya berhati-hati dan berhemah dalam mengeluarkan kenyataan serta tidak menjadikan isu berkenaan sebagai bahan politik sempit sehingga boleh menjejaskan kepentingan Malaysia dan hubungan baik dua hala antara kedua-dua negara.
Anwar berkata kerajaan tidak dapat menerima kenyataan sesetengah pihak yang disifatkan menghina usaha negara termasuk pengorbanan pegawai yang terlibat dalam melaksanakan tugasan lapangan bagi menyelesaikan isu persempadanan dengan negara jiran berkenaan.
"Kita harus menggunakan kesempatan ini juga untuk mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada pegawai-pegawai di bahagian hal ehwal persempadanan, topografi, Jabatan Peguam Negara, pemetaan serta anggota tentera yang terpaksa meredah hutan belantara bagi memastikan peta itu dapat dimuktamadkan.
"Jadi saya harap, walaupun pembangkang memilih untuk tidak menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai terlibat...tidak perlulah mengeluarkan kenyataan biadab dan menghina. Jika tidak tahu (mengenai sesuatu isu) bertanyalah dan jangan maki hamun," katanya pada Sesi Penerangan Khas mengenai isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat hari ini.