MALAYSIA
Dakwaan Meta untung daripada aktiviti haram membimbangkan- Fahmi
Fahmi berkata, pihaknya tidak mendapat sebarang kenyataan yang menyakinkan daripada Meta, sebaliknya hanya penafian bahawa angka tersebut tiada dalam konteks sebenar. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum mengenai laporan penyedia platform, Meta memperoleh 10 peratus daripada pendapatan tahun 2024 berjumlah AS$16 bilion (anggaran RM66.9 bilion) daripada iklan berkaitan iklan berkaitan penipuan (scam) dan barangan terlarang.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dakwaan itu amat membimbangkan kerana ia menunjukkan sebahagian keuntungan Meta melibatkan aktiviti-aktiviti haram termasuk di Malaysia.
"Kita mendapati laporan media oleh agensi berita Reuters yang agak terperinci memberikan angka berdasarkan apa yang dipercayai merupakan dokumen dalaman pihak Meta itu sendiri.
"Sekiranya (angka) itu benar, ini amat membimbangkan kerana memberi bayangan bahawa antara sumber keuntungan Meta itu adalah aktiviti haram yang melanggar undang-undang termasuk di Malaysia," katanya, dalam satu sidang media di Putrajaya pada Jumaat.
Fahmi turut berkata, dalam satu sesi Dewan Rakyat sebelum ini, beliau pernah mendedahkan anggaran jumlah keuntungan yang diraih oleh Meta dari Malaysia pada tahun 2023 dianggarkan pada RM2.5 bilion.
Sekiranya dakwaan itu benar, angka yang dinyatakan oleh Reuters dalam laporan tersebut, iaitu lebih RM250 juta, dipercayai berasal daripada iklan 'scam', judi dalam talian dan lain-lain, ujarnya.
Beliau mengakui, pihaknya juga tidak mendapat sebarang kenyataan yang menyakinkan daripada Meta, sebaliknya hanya penafian bahawa angka tersebut tiada dalam konteks sebenar.
Fahmi berkata, beliau kesal dengan laporan yang dikeluarkan pada Khamis, apatah lagi selepas pasukan dari beberapa badan penguatkuasaan Malaysia baharu selesai dengan sesi perbincangan bersama Meta di Singapura.
Badan-badan yang terlibat termasuk MCMC, Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
“Laporan yang sangat menggemparkan ini akan kita teliti dengan rapi dan menjadi asas untuk memanggil pihak Meta memberikan penjelasan penuh,” ujarnya.
Semalam, Reuters melaporkan satu dokumen dalaman Meta menunjukkan syarikat itu pada akhir tahun lalu menjangkakan akan memperoleh kira-kira 10 peratus daripada jumlah pendapatan tahunannya, bersamaan AS$16 bilion (anggaran RM66.9 bilion), hasil daripada iklan berkaitan penipuan dan barangan terlarang.
Laporan yang dipetik dari satu dokumen dalaman yang belum pernah didedahkan sebelum ini turut mendedahkan bahawa gergasi media sosial itu gagal mengenal pasti dan menghentikan lambakan iklan penipuan selama sekurang-kurangnya tiga tahun, yang mendedahkan pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp kepada pelbagai skim pelaburan palsu, kasino dalam talian haram serta penjualan produk perubatan terlarang.
Salah satu dokumen bertarikh Disember 2024 menyatakan, secara purata, pengguna platform Meta terdedah kepada kira-kira AS$15 bilion (anggaran RM62.7 bilion) iklan berisiko tinggi yang menunjukkan tanda-tanda jelas sebagai iklan penipuan setiap hari.
Pada tahun 2024, satu dokumen lain telah didedahkan menunjukkan Meta memperoleh kira-kira AS$7 bilion (anggaran RM29.24 bilion) setahun hasil daripada kategori iklan penipuan tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- MCMC mengambil maklum laporan Meta peroleh 10% pendapatan tahun 2024 daripada iklan scam dan barangan terlarang, menunjukkan aktiviti haram termasuk di Malaysia.
- Fahmi Fadzil kesal dengan anggaran keuntungan Meta daripada aktiviti haram, menegaskan keperluan penjelasan penuh daripada syarikat.
- Dokumen dalaman Meta mendedahkan pengguna platform terdedah kepada iklan penipuan dan produk terlarang, gagal menghentikan iklan berisiko tinggi.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dakwaan itu amat membimbangkan kerana ia menunjukkan sebahagian keuntungan Meta melibatkan aktiviti-aktiviti haram termasuk di Malaysia.
"Kita mendapati laporan media oleh agensi berita Reuters yang agak terperinci memberikan angka berdasarkan apa yang dipercayai merupakan dokumen dalaman pihak Meta itu sendiri.
"Sekiranya (angka) itu benar, ini amat membimbangkan kerana memberi bayangan bahawa antara sumber keuntungan Meta itu adalah aktiviti haram yang melanggar undang-undang termasuk di Malaysia," katanya, dalam satu sidang media di Putrajaya pada Jumaat.
Fahmi turut berkata, dalam satu sesi Dewan Rakyat sebelum ini, beliau pernah mendedahkan anggaran jumlah keuntungan yang diraih oleh Meta dari Malaysia pada tahun 2023 dianggarkan pada RM2.5 bilion.
Sekiranya dakwaan itu benar, angka yang dinyatakan oleh Reuters dalam laporan tersebut, iaitu lebih RM250 juta, dipercayai berasal daripada iklan 'scam', judi dalam talian dan lain-lain, ujarnya.
Beliau mengakui, pihaknya juga tidak mendapat sebarang kenyataan yang menyakinkan daripada Meta, sebaliknya hanya penafian bahawa angka tersebut tiada dalam konteks sebenar.
Fahmi berkata, beliau kesal dengan laporan yang dikeluarkan pada Khamis, apatah lagi selepas pasukan dari beberapa badan penguatkuasaan Malaysia baharu selesai dengan sesi perbincangan bersama Meta di Singapura.
Badan-badan yang terlibat termasuk MCMC, Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
“Laporan yang sangat menggemparkan ini akan kita teliti dengan rapi dan menjadi asas untuk memanggil pihak Meta memberikan penjelasan penuh,” ujarnya.
Semalam, Reuters melaporkan satu dokumen dalaman Meta menunjukkan syarikat itu pada akhir tahun lalu menjangkakan akan memperoleh kira-kira 10 peratus daripada jumlah pendapatan tahunannya, bersamaan AS$16 bilion (anggaran RM66.9 bilion), hasil daripada iklan berkaitan penipuan dan barangan terlarang.
Laporan yang dipetik dari satu dokumen dalaman yang belum pernah didedahkan sebelum ini turut mendedahkan bahawa gergasi media sosial itu gagal mengenal pasti dan menghentikan lambakan iklan penipuan selama sekurang-kurangnya tiga tahun, yang mendedahkan pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp kepada pelbagai skim pelaburan palsu, kasino dalam talian haram serta penjualan produk perubatan terlarang.
Salah satu dokumen bertarikh Disember 2024 menyatakan, secara purata, pengguna platform Meta terdedah kepada kira-kira AS$15 bilion (anggaran RM62.7 bilion) iklan berisiko tinggi yang menunjukkan tanda-tanda jelas sebagai iklan penipuan setiap hari.
Pada tahun 2024, satu dokumen lain telah didedahkan menunjukkan Meta memperoleh kira-kira AS$7 bilion (anggaran RM29.24 bilion) setahun hasil daripada kategori iklan penipuan tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa reaksi MCMC terhadap laporan yang Meta memperoleh pendapatan daripada iklan scam dan barangan terlarang?
A: MCMC mengambil maklum laporan tersebut yang menunjukkan aktiviti haram Meta, termasuk di Malaysia, sebagai bimbang. - Q: Mengapakah Fahmi Fadzil kesal dengan anggaran keuntungan Meta dari aktiviti haram?
A: Fahmi Fadzil menyuarakan kekecewaan dan kebimbangan terhadap anggaran keuntungan Meta yang melibatkan aktiviti haram seperti iklan scam dan judi dalam talian. - Q: Apakah yang dinyatakan dalam dokumen Meta berkenaan iklan penipuan dan produk haram?
A: Dokumen Meta mendedahkan pengguna platform Meta terdedah kepada iklan penipuan serta produk terlarang, syarikat gagal menghentikan iklan berisiko tinggi yang menunjukkan tanda-tanda penipuan.