PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya NSK di Jalan Peel, Kuala Lumpur berhubung dakwaan penjualan minyak masak peket sekilogram kepada warga asing tanpa kawalan.
KPDN dalam kenyataan semalam memaklumkan pemeriksaan dijalankan penguat kuasa KPDN Kuala Lumpur selepas mengambil maklum laporan media dan video yang tular pada Khamis, yang mendakwa jualan minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing itu menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan warga tempatan tidak dapat membeli bekalan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati berlaku salah faham antara beberapa pelanggan yang ingin membeli minyak masak peket sekilogram bersubsidi dalam kuantiti yang banyak," menurut kenyataan itu.
KPDN memaklumkan pasar raya berkenaan telah mengehadkan pembelian minyak masak peket sekilogram bersubsidi maksimum hanya tiga peket sahaja bagi setiap transaksi, namun ada beberapa pelanggan yang tidak dibenarkan membuat pembelian melebihi had tersebut tidak berpuas hati.
"Pihak Pasar Raya NSK juga telah mengesahkan bahawa tidak berlaku penjualan minyak masak peket sekilogram hanya kepada warga asing sahaja seperti yang didakwa dalam video yang tular itu," menurut KPDN serta menambah pihak pasar raya telah membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Pasar Raya NSK mengesahkan tidak berlaku penjualan minyak masak peket sekilogram hanya kepada warga asing seperti yang didakwa dalam video tular. - Gambar hiasan/BERNAMA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Pembelian asing bagi kediaman di Malaysia dijangka meningkat tahun depan - Juwai IQI
Juwai IQI telah menjangkakan pembelian rumah asing di Malaysia akan meningkat tahun depan walaupun pada kadar yang mampan tidak lebih daripada lima peratus.
Dua beradik warga asing dalang sindiket kutip derma diberkas di Ulu Tiram
Dua beradik yang berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Seri Alam.
Polis tahan bapa tiri disyaki rogol remaja 15 tahun
Perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum tampil membuat laporan polis.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal dunia
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.