Dakwaan MP cabul gadis bawah umur: 'Terserah kepada polis' - Muhyiddin

Diyana Ibrahim
Oktober 30, 2018 11:59 MYT
Polis mengesahkan terdapat laporan dibuat oleh mangsa terhadap Ahli Parlimen tersebut yang juga merupakan bekas menteri.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyerahkan siasatan berhubung dakwaan cabul remaja bawah umur oleh seorang Ahli Parlimen kepada polis.
Katanya beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai kes tersebut.
“Saya dapat maklumat daripada ketua polis dan saya serahkan urusan apa yang patut dibuat oleh polis .
“Saya rasa itu terserah kepada polis hendak menyiasat, hendak panggil... itu terserah,” katanya pada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Polis mengesahkan terdapat laporan dibuat oleh mangsa terhadap Ahli Parlimen tersebut yang juga merupakan bekas menteri.
BACA: Ahli Parlimen nafi beri wang sogokan untuk tarik balik laporan kes cabul
BACA: PKR dakwa mangsa cabul disogok tarik balik aduan
Bagaimanapun, laporan itu telah ditarik balik oleh mangsa namun Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata siasatan akan diteruskan
Katanya, pihaknya telah merakam sebanyak 10 saksi termasuk keterangan suspek.
Ahli Parlimen yang terbabit itu sewaktu dihubungi Astro AWANI berkata kejadian itu cuma salah faham.
#ahli Parlimen #bawah umur #bekas menteri #cabul remaja #Ketua Polis Negara #Mohamad Fuzi Harun #Muhyiddin Yassin #polis