awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2023
10:57 MYT
Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu
Sumber dalaman Bersatu menafikan dakwaan bahawa presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditahan SPRM.
KUALA LUMPUR: Sumber dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan bahawa presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia sekali gus menafikan cakap-cakap yang mengatakan Muhyiddin telah ditahan ketika bermain golf di sebuah padang golf di Selangor pada Rabu.
BACA: Salah guna dana: Pemimpin tertinggi parti politik bakal didakwa SPRM?
Sebelum ini beberapa portal melaporkan SPRM akan menahan seorang ahli politik kanan dan mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.
Sehingga kini, berita tersebut hanyalah spekulasi kerana belum mendapat sebarang pengesahan daripada SPRM.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada SPRM dan juga pegawai Muhyiddin berhubung berita yang tersebar itu.
Cakap-cakap tentang SPRM akan menahan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik sudah tersebar sejak minggu lalu, namun Astro AWANI tidak dapat mengesahkan berita tersebut sehingga kini.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#Muhyiddin Yassin
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan