MALAYSIA
Dakwaan pelajar tempatan dianaktirikan tidak berasas, UTM tekankan peranan IPT
UTM yang kini berada pada kedudukan ke-153 universiti terbaik dunia (QS World University Rankings 2026). - Foto FB Universiti Teknologi Malaysia
JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini menegaskan dakwaan pelajar tempatan dianaktirikan adalah tidak berasas, sambil menekankan peranan institusi pendidikan tinggi sebagai medan ilmu, penyelidikan dan inovasi yang membentuk kemajuan bangsa serta negara.
Ringkasan AI
UTM dalam kenyataan memaklumkan setiap program pengajian yang ditawarkan dibangunkan berasaskan kajian keperluan pasaran melalui penglibatan panel industri serta memperoleh akreditasi daripada badan profesional berkaitan.
Menurut UTM, pendekatan itu memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, yang menyaksikan graduan mencapai kadar bekerja dan kebolehpasaran graduan selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2023 dan 2024.
"Di peringkat prasiswazah, peratusan pelajar antarabangsa UTM pada 2024 ialah tujuh peratus melibatkan pelajar daripada 56 negara, mencerminkan keseimbangan antara keterbukaan antarabangsa dengan keutamaan kepada pelajar tempatan.
"Pelajar prasiswazah dari negara China hanya 1.2 peratus dan tidak seperti yang digambarkan, manakala tempat pengajian di peringkat sarjana muda sentiasa ditambah berdasarkan prinsip meritokrasi yang inklusif untuk semua kaum. Oleh itu, dakwaan pelajar tempatan dianaktirikan adalah tidak berasas," menurut kenyataan itu.
UTM yang kini berada pada kedudukan ke-153 universiti terbaik dunia (QS World University Rankings 2026) hasil usaha dan komitmen warganya turut menegaskan persepsi negatif yang diwujudkan boleh merosakkan imej institusi yang terbina sekian lama.
"Kami akan terus konsisten melahirkan graduan berkualiti melalui tradisi kecemerlangan ilmu berteraskan sains, kejuruteraan dan teknologi.
"Komitmen ini sejajar dengan falsafah serta objektif penubuhan dalam membangunkan bakat anak watan yang berdaya saing serta menyumbang secara bermakna kepada kemajuan negara," menurut kenyataan itu.
Pada Isnin lepas, sebuah portal media melaporkan dakwaan seorang ahli politik yang dipetik berkata kira-kira 1.9 juta graduan tempatan daripada pelbagai kaum ketika ini tidak mendapat pekerjaan setimpal dengan kelulusan pendidikan mereka.
Beliau turut mendakwa sebanyak 21 peratus atau kira-kira 39,000 tempat di lima universiti awam yang sepatutnya diisi pelajar tempatan telah diberikan kepada pelajar asing dan kerajaan memberi ruang luas kepada graduan dari China dan Bangladesh melalui skim 'Graduate Pass' yang membolehkan mereka bekerja di Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- UTM menegaskan dakwaan pelajar tempatan dianaktirikan adalah tidak berasas, dengan hanya 7% pelajar antarabangsa di peringkat prasiswazah dan 1.2% dari China.
- Program pengajian UTM dibangunkan berdasarkan keperluan industri dan mendapat akreditasi profesional, memastikan kebolehpasaran graduan kekal tinggi pada 2023 dan 2024.
- UTM berada di kedudukan ke-153 universiti terbaik dunia (QS 2026) dan komited melahirkan bakat tempatan yang berdaya saing serta menyumbang kepada pembangunan negara.