Dakwaan penduduk Orang Asli di Bagan Lalang diusir tidak tepat - PNSB

Madiha Abdullah
Mei 14, 2021 13:38 MYT
Amirudin memuat naik kenyataan PNSB yang telah mengadakan rundingan mengikut prosedur yang ditetapkan sejak 2017 lagi. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menjelaskan dakwaan pengusiran Orang Asli Suku Mah Meri di Bagan Lalang, seperti yang dilaporkan sebuah portal hari ini, adalah tidak tepat.
Menerusi Twitter, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memuat naik kenyataan PNSB yang memaklumkan, pihak mereka telah mengadakan rundingan mengikut prosedur yang ditetapkan sejak 2017 lagi.
"PNSB telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Pejabat Daerah dan Tana Sepang (PDT Sepang pada 27 November 2020 dan 12 April 2021.
"PNSB telah mengikuti prosedur dan tatacara urus tadbir yang ditetapkan dalam penyediaan notis pengosongan tapak untuk diserahkan kepada pihak terlibat," kenyataan itu menyebut.

Respon kepada artikel ini telah dikeluarkan oleh PNSB. Rundingan telah dibuat secara berterusan oleh PNSB (pemilik tanah) dan komuniti Mah Meri. PNSB juga telah terima surat mohon lanjutan tempoh pengosongan, sedia beri pertimbangan sewajarnya berlandaskan undang-undang. https://t.co/kLHJTvniJb pic.twitter.com/Ilz7hCTrVT

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) May 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, notis pengosongan tapak dikemukakan pada 20 April merupakan pemaklumkan kepada penghuni berkenaan status kedudukan binaan mereka telah memasuki tanah milik PNSB.
Penyerahan notis pada 20 April itu turut disertai PDT Sepang dan PDRM dan ia berjalan lancar, kenyataan itu menambah.
PNSB juga mengesahkan sudah menerima surat rayuan daripada Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Bangkong pada 26 April, dan bersedia untuk fasa rundingan serta mempertimbangkan rayuan penduduk untuk melanjutkan masa, dengan mengambil kira aspek semasa.
#Permodalan Negeri Selangor Berhad #pnsb #Orang Asli #Sepang #Orang Asli Suku Mah Meri #Amirudin Shari #Bagan Lalang