awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan penyelewengan RM50 juta: Anak syarikat sebuah universiti tempatan disiasat

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
20/06/2020
04:44 MYT
Dakwaan penyelewengan RM50 juta: Anak syarikat sebuah universiti tempatan disiasat
Suspek merupakan beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahsuaian aset-aset yang dibeli. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, bertindak menyerbu sebuah pejabat anak syarikat sebuah universiti awam terkemuka di utara tanah air pada Khamis.
Menurut sumber, serbuan terbabit mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pembelian dan peruntukan tambahan aset yang dianggarkan bernilai lebih RM50 juta oleh anak syarikat tersebut.
Jelasnya, aset yang dibeli di Lembah Klang sekitar tahun 2017 itu kini tidak lagi dapat berfungsi dan beroperasi seperti biasa.
"Pembelian aset dan kos beberapa peruntukan tambahan lain yang dianggarkan lebih RM50 juta itu juga didakwa tidak dirujuk dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
"Suspek merupakan beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahsuaian aset-aset yang dibeli," jelas sumber.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan menjelaskan pihaknya ketika ini sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyatakan bahawa kes akan disiasat mengikut Seksyen 17a, Seksyen 18, dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Kementerian Kewangan
#Malaysia
#Pengarah SPRM Kedah
#Shaharom Nizam Abd Manap
#siasatan
#SPRM
#suspek
#universiti tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan