PUTRAJAYA: Polis hari ini menolak dakwaan bahawa anggota cawangan trafiknya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemandu lori warga asing yang ditahan dalam operasi di Jalan Taman Mas, Sepang dekat sini pada Selasa lepas (5 Julai).
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata ketika melaksanakan Op Motosikal Perintah Gerakan, anggota trafik telah menahan sebuah lori berwarna merah pada pukul 12.40 tengah hari dan mendapati pemandunya yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), tidak memiliki lesen memandu yang sah.
"Anggota telah mengeluarkan saman Pol 257 no AG875372 kepada pemandu lori tersebut atas kesalahan tiada lesen memandu," katanya dalam kenyataan hari ini merujuk video tular kononnya polis tidak mengambil sebarang tindakan selepas menahan lori dipandu warga asing itu.
Video berdurasi satu minit 27 saat itu memaparkan seorang individu mendakwa polis membiarkan warga asing yang ditahan itu pergi tanpa sebarang tindakan, selain menuduh polis mengambil suapan RM300 daripada pemandu lori.
Wan Kamarul Azran berkata Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan individu dalam video tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata ketika melaksanakan Op Motosikal Perintah Gerakan, anggota trafik telah menahan sebuah lori berwarna merah pada pukul 12.40 tengah hari. - Gambar fail/BERNAMA
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Pemandu lori ditahan disyaki bunuh rakan
Pemeriksaan oleh anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang terhadap sebuah lori di kawasan Jalan UPM, membongkar satu kes pembunuhan.
Dakwaan polis tidak ambil tindakan terhadap pemandu lori asing tidak benar
Polis hari ini menolak dakwaan bahawa anggota cawangan trafiknya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemandu lori warga asing yang ditahan dalam operasi di Jalan Taman Mas, Sepang dekat sini pa
Orang ramai diminta bantu kesan remaja lelaki hilang sejak Khamis
Ali Imran kali terakhir dikesan melalui CCTV pos kawalan sedang berjalan kaki seorang diri keluar dari kawasan perumahan itu pada 3.57 pagi.
Kertas siasatan kanak-kanak dilanggar bas sekolah dirujuk ke DPP masa terdekat
Kertas siasatan berhubung kes kemalangan maut membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.
Kanak-kanak perempuan maut dilanggar bas sekolah di Sepang
Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh
Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Sungai Pelek, di sini, semalam.
Kes mayat rentung dalam kenderaan disiasat sebagai kes bunuh - Polis
Polis berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Anggota polis sedang bertugas maut tertembak diri sendiri
Seorang anggota polis maut ketika bertugas selepas tertembak dirinya sendiri di Kg Sungai Buah, Dengkil, Selangor, pada awal pagi Ahad.