MALAYSIA
Dakwaan program motivasi rumah tangga songsang: Pengasas eHati, suami ditahan polis
Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, mengesahkan Pengasas eHati International Sdn Bhd dan suaminya, ditahan polis hari ini. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pengasas eHati International Sdn Bhd dan suaminya, ditahan polis hari ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.
“Kita akan keluarkan kenyataan penuh sebentar lagi,” katanya di sini, pada Selasa.
Jumaat lalu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi memastikan kesahihan maklumat berhubung program motivasi rumah tangga terbabit.
Ia susulan pendedahan seorang pengguna media sosial mengenai program yang didakwa terpesong itu, yang diusahakan oleh pasangan terbabit.
Dalam hantaran yang tular di laman Facebook berkenaan, turut didakwa bahawa terdapat wanita telah melakukan tarian bogel dalam program yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam, Selangor.
Peserta program itu juga didakwa diberi sejenis air yang tidak diketahui kandungannya sehingga menyebabkan perubahan emosi dalam tempoh yang singkat.
Selain itu, peserta turut disuruh melakukan upacara mandi suci dan kelahiran semula yang menyerupai ritual keagamaan lain.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]