MALAYSIA
Dakwaan Rasuah: ABIM gesa siasat juga pemberi rasuah, siasatan perlu adil
Ahmad Fahmi berkata, sebarang dakwaan kecurangan tidak boleh dibiarkan berlegar sebagai persepsi, tetapi perlu dibuktikan secara objektif melalui proses undang-undang yang adil dan saksama. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar siasatan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terkait Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak terhad kepada penerimanya sahaja.
Sebaliknya, Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan, siasatan perlu merangkumi pihak yang disyaki menawarkan atau memberikan imbuhan berbentuk kewangan mahupun material iaitu pemberi rasuah.
"ABIM mengambil maklum peletakan jawatan seorang pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri susulan dakwaan berkaitan pemberian wang tunai dan kelengkapan rumah oleh seorang ahli perniagaan.
"ABIM menghormati keputusan pegawai tersebut untuk berundur sebagai langkah bertanggungjawab bagi memberi ruang kepada siasatan dijalankan secara bebas dan tanpa konflik kepentingan.
"Namun, pemberi rasuah juga mesti didakwa dan dipertanggungjawabkan di bawah peruntukan undang-undang jika terbukti bersalah, selaras prinsip keadilan menyeluruh serta agenda membanteras rasuah secara tuntas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, sebarang dakwaan kecurangan tidak boleh dibiarkan berlegar sebagai persepsi, tetapi perlu dibuktikan secara objektif melalui proses undang-undang yang adil dan saksama.
Dalam masa sama, beliau berkata, adalah tidak wajar berlaku sebarang pelanggaran etika dan integriti dalam pentadbiran awam, khususnya melibatkan kedudukan strategik yang berkait rapat dengan kepimpinan negara, lebih-lebih lagi ketika kerajaan sedang giat memperkukuh agenda anti rasuah.
Sehubungan itu, katanya, ABIM menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada tekanan politik.
"Jika terbukti wujud pelanggaran undang-undang, tindakan tegas mesti diambil. Namun jika dakwaan tidak mempunyai asas, proses siasatan itu juga penting bagi membersihkan nama individu terlibat serta memulihkan keyakinan awam.
"ABIM menegaskan bahawa keadilan hanya dapat ditegakkan melalui bukti, ketelusan dan kedaulatan undang-undang, bukan spekulasi, selaras slogan perjuangan mereka 'Menegakkan Kebenaran dan Keadilan'," ujarnya.