awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan rogol remaja: Siasatan merangkumi semua aspek, telus - Polis Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/01/2023
10:00 MYT
Dakwaan rogol remaja: Siasatan merangkumi semua aspek, telus  - Polis Kedah
Wan Hassan berkata kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman sehingga 5 Januari bagi membantu siasatan. - Fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Polis Kedah akan menjalankan siasatan terperinci dan telus melibatkan pegawai polis yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman sehingga 5 Januari bagi membantu siasatan.
“Polis memberi jaminan siasatan merangkumi semua aspek, telus serta adil.
"Sebaik selesai siasatan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah untuk menuduh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Wan Hassan, kejadian itu dipercayai berlaku pada 28 Disember tahun lalu pada jam 6.25 petang setelah mangsa hadir ke balai polis untuk bertemu suspek yang bertugas sebagai pegawai penyiasat di salah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri itu bagi melengkapkan siasatan berkaitan satu lagi kes rogol melibatkan bapa tiri mangsa.
BACA: Suaram gesa inspektor polis didakwa rogol remaja digantung tugas
Katanya, mangsa dipercayai telah dirogol oleh Inspektor itu ketika berada dalam bilik pegawai terbabit di IPD berkenaan kira-kira 6.30 petang.
Wan Hassan berkata, siasatan dilakukan oleh pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan katanya polis sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai agensi penguat kuasa utama negara bagi memastikan kes ini diselesaikan dengan kadar segera.
Topic Berkaitan
#remaja dirogol
#berpangkat Inspektor
#Polis Kedah
#suspek direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan