[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Dakwaan salah laku polis trafik, IPD Serdang jalankan siasatan dalaman

Madiha Abdullah 23/03/2025 | 15:34 MYT
ACP Anbalagan berkata, siasatan berkenaan adalah bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan dalam pelaksanaan sekatan jalan raya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Serdang sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan salah laku membabitkan tiga anggota polis trafik yang sedang bertugas.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata, ini bagi memastikan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan ketika mengadakan sekatan jalan raya.
Tegasnya, pihaknya tidak akan berkompromi jika terbukti berlakunya salah laku semasa sekatan jalan raya dijalankan.
Terdahulu, tular satu video di media sosial berdurasi 1 minit 19 saat yang memaparkan tiga anggota polis trafik melakukan sekatan jalan raya, sebelum salah seorang daripada mereka dirakam 'mengambil' sesuatu daripada seorang pemandu kereta yang ditahan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.
#siasatan dalaman #Sekatan Jalan Raya #polis trafik #Serdang #video tular