awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan langgar SOP PKP tidak benar

Bernama
Bernama
13/01/2021
22:19 MYT
Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan langgar SOP PKP tidak benar
Kenyataan itu turut menyebut, dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dua artikel mengenai dakwaan bahawa Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah tidak benar.
Menerusi kenyataan pada Rabu, Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I memaklumkan, dua portal telah memuat naik artikel yang mendakwa Dr Noor Azmi menerima kunjungan hormat daripada sekumpulan individu di pejabat beliau.
"Tulisan dan dakwaan yang dibuat kedua-dua portal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Gambar kunjungan itu adalah pada 12 Jan, iaitu sehari sebelum pelaksanaan PKP.
"Oleh itu, Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I memohon agar portal terbabit menarik balik tuduhan, dakwaan dan maklumat tidak benar yang disiarkan dengan segera," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan.
Hari ini, sebuah portal memuat naik artikel bertajuk 'Timbalan Menteri Kesihatan langgar PKP lagi?' manakala sebuah lagi portal dengan tajuk 'Timbalan Menteri Kesihatan padam gambar lepas disyaki ingkar SOP'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Menteri Kesihatan
#langgar PKP
#langgar SOP
#Noor Azmi Ghazali
#Pelaksanaan PKP
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan