KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat menggantung sementara tugas imam masjid di sebuah kampung di Sungai Golok, yang dipercayai menjalankan akad nikah secara dalam talian seorang individu didakwa timbalan menteri di negara ini.
Timbalan Yang Dipertuanya, Abdul Aziz Che Mamat, berkata penggantungan tugas imam berkenaan berkuat kuasa selama enam bulan bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atasnya.
"Imam berkenaan berusia 65 tahun, kita gantung tugasnya selama enam bulan bermula bulan Jun lepas. (Ia) selepas majlis akad nikah berkenaan, kita kenakan tindakan gantung tugas," katanya ketika dihubungi.
Pada masa sama, katanya pihaknya akan memanggil semua imam di sempadan Malaysia-Thailand melibatkan daerah Sungai Golok dan Buketa, yang bersempadan dengan Kelantan dalam masa terdekat.
Abdul Aziz berkata, ia bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung ketetapan Majlis Agama Islam Narathiwat yang tidak mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.
BACA: Majlis Agama Islam Narathiwat siasat dakwaan Timbalan Menteri nikah dalam talian
BACA: Video nikah tular: Timbalan menteri mohon maaf
Media pada 4 Julai melaporkan, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat akan menjalankan siasatan berhubung isu majlis akad nikah berkenaan.
Abdul Aziz dilapor menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.
Beliau mengulas mengenai satu rakaman pernikahan melalui telefon yang didakwa membabitkan seorang Ahli Parlimen di negara ini berserta dua saksi, yang tular di media sosial.
Rakaman video dan salinan sijil nikah yang tular itu turut mendapat kritikan ramai kerana individu itu didakwa melangsungkan pernikahan sewaktu rakyat berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, pada 6 Julai, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi memohon maaf sekiranya isu akad nikah secara dalam talian yang dikaitkan dengannya, menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Beliau yang tidak mengesah atau menafikan kaitannya dengan isu berkenaan, berkata kesal dengan penularan perkara itu yang disifatkan sebagai sesuatu yang peribadi.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, beliau sedang meneliti tindakan perundangan ke atas pihak yang cuba mengaibkannya.
Muhafandi Muhamad
Sat Jul 24 2021
Rakaman video dan salinan sijil nikah yang tular turut mendapat kritikan ramai kerana individu itu didakwa melangsungkan pernikahan sewaktu rakyat berdepan PKP. - Gambar hiasan
Cuba sogok anggota polis, SPRM tahan dua warga asing
SPRM menahan dua warga asing disyaki cuba memberi sogokan RM1,000 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan atas kesalahan memandu motosikal tanpa lesen dan nombor plat tidak lengkap, semalam.
Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Thailand sokong visi "Keterangkuman dan Kemampanan" ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Luar Thailand menyatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi ASEAN 2025 yang digalas Malaysia, menekankan ia sebagai tahun penting dalam proses pembinaan komuniti ASEAN.
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
Derma Arab Saudi tidak langgar kod etika - Najib
Najib berkata ia tidak melanggar sebarang peraturan yang termaktub di bawah Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.
ASEAN 2025: KPKT sasar tingkat kedudukan Malaysia
KPKT menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia bertepatan peranan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025 serta membida jawatan Presiden Perhimpunan UN-Habitat PBB.
Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.
Konsep dan inisiatif saranan China bawa harapan kepada dunia - Bekas PM Mesir
China adalah negara besar dan kuat yang sedia memberikan bantuan kepada negara lain, menghadapi persaingan dan berusaha menjalinkan kerjasama.
Agenda AWANI: Banjir Johor | Jaga-Jaga Gelombang Kedua
Apa strategi berkesan yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko dan impak ancaman bencana banjir gelombang kedua khususnya di Johor? Diskusi 9 malam
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna
Program Jualan Agro Madani Mega ini juga membantu usahawan tani memasarkan produk mereka terus kepada pengguna.
[LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM
Anwar menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.
Kabinet Kerajaan Perpaduan: 27 Timbalan Menteri selesai angkat sumpah jawatan
27 Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Sabtu.
Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri
Pelantikan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melibatkan formula parti yang mendokong kerajaan itu.
PM Anwar menghadap Agong, persembah senarai timbalan menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempersembahkan senarai timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu untuk mendapat perkenan.
Kabinet Perpaduan: Komposisi kaum perlu diambil kira lantik Timbalan Menteri- Pemerhati politik
Pemerhati Politik melihat komposisi kaum perlu diambil kira dalam melantik Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.
Harapan masyarakat menjelang pembentukan Kabinet
Menjelang pembentukan kabinet yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelak.
80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi
Cadangan itu dijangka dapat diputuskan minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.