KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini, dengan penahanan lapan individu termasuk dalang utama bergelar Datuk dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, polis turut merampas 300 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan dua kg ekstasi yang dianggarkan bernilai RM10.8 juta.
Beliau memberitahu, kesemua yang ditahan terdiri warga tempatan berusia 27 hingga 61 tahun membabitkan tujuh lelaki serta seorang wanita dipercayai teman wanita kepada Datuk terbabit.
"Berdasarkan siasatan, bekalan tersebut dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan negara jiran," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Yahaya berkata, bekalan dadah itu diperoleh dari bahagian utara Semenanjung yang dibawa masuk ke Lembah Klang menggunakan kenderaan yang diubah suai bagi mengaburi pihak berkuasa.
Beliau menambah, bagi mengaburi pihak berkuasa, sidniket itu menggunakan modus operandi dengan menyembunyikan dadah dalam kereta yang diletakkan di sebuah pasar raya di ubu negara yang dijadikan sebagai lokasi pertemuan pelanggan mereka.
Menurutnya, polis turut menyita tujuh kenderaan pelbagai jenis bernilai RM456,000, barang kemas (RM17,566 ) dengan wang tunai RM8,400.
Hasil ujian saringan katanya, polis mendapati enam daripada suspek itu positif dadah jenis methamphetamine, sementara semakan rekod kesalahan lampau mendapati enam orang daripada mereka mempunyai rekod jenayah dadah.
Yahaya memaklumkan, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati jika disabit dengan kesalahan.
Umavathi Ramayah
Tue Mar 07 2023

Yahaya Othman (tengah) berkata serbuan itu telah membawa kepada penahanan tujuh lelaki termasuk seorang bergelar 'Datuk' dan wanita berusia 27 hingga 61 tahun. - Sumber foto PDRM

Pakar ekonomi khuatir Indonesia mungkin terperangkap dengan hutang China
Yusuf mendakwa, Indonesia terpaksa patuh kepada kehendak China bagi memastikan projek Kereta Cepat Jakarta-Bandung siap sepenuhnya.

Isu beras: KKD, KPDN sedia kerjasama tangkis berita palsu
KKD sedia bekerjasama dengan KPDN bagi menangkis berita palsu berhubung isu bekalan beras tempatan.

'Tiga perkahwinan bukan gagal, sebaliknya...' - Engku Emran mohon hormati Noor Nabila
Emran berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.

Pemancing udang dikhuatiri lemas di Sungai Besut
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang galah bersama berhampiran Empangan Pengkalan Nangka (Tok Gong) di Sungai Besut.
Analisis pasca ucapan PM di pentas PBB
Analisis Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof Madya Dr Sufian Jusoh pasca kenyataan negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNGA ke-78.
Gelanggang PRK DUN Pelangai sidah bermula
Lintas langsung bersama wartawan Hasimi Muhamad, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pelangai, berkaitan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
PM Anwar bertemu rakyat, pelajar Malaysia di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.
AS dan China penting untuk kestabilan ekonomi ASEAN - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peri pentingnya bagi ASEAN mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tatkala persaingan strategik kedua-dua kuasa besar ekonomi itu semakin meningkat.
Malaysia sedia berunding berkenaan peta standard China 2023
Perdana Menteri berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sejawatannya dari China Li Qiang serta Menteri Luar Wang Yi, dan Malaysia bersedia untuk mengadakan rundingan berhubung isu yang menimbulkan perbalahan susulan dakwaan China.
Sifat terbuka, bukti kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hakikat bahawa ahli partinya sendiri bebas mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan adalah bukti jelas bahawa pentadbirannya tidak meninggalkan agenda reformasi yang dijanjikan.

Dua nelayan jadi 'transporter' ditahan bersama syabu bernilai RM660,000
Polis menahan dua nelayan bersama 20.748 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM660,000 dalam serbuan di Kepala Batas.

Polis Sabah rampas dadah lebih 50kg bernilai RM3 juta
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah susulan penahanan tiga individu serta rampasan 50.25 kilogram dadah di Kota Kinabalu.

Polis Ireland rampas dadah bernilai RM2.5 juta
Polis turut menahan seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an dan seorang wanita berusia dalam 30-an.

Polis tahan lelaki, rampas syabu hampir 2kg di Tawau
Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah bersama kira-kira 1.917 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM120,000 di sebuah ladang kelapa sawit di Kalabakan, Rabu lepas.

Polis tahan empat lelaki edar dadah RM2.54 juta
Polis menahan empat lelaki di dua lokasi berasingan di sekitar Ipoh kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bernilai RM2.54 juta, pada Khamis, minggu lalu.

Polis tahan empat lelaki, rampas dadah RM4.3 juta
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta menerusi tiga serbuan berasingan di Kluang pada 17 Julai lepas.

Pengedar dadah ditemukan tergantung dalam lokap
Lelaki berusia 40 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan tergantung dengan baju tahanan di jeriji besi pintu sel lokap.

Polis Johor tumpas sindiket edar dadah guna TikTok, WeChat
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan aplikasi TikTok dan WeChat selepas menahan lapan individu menerusi empat serbuan berasingan.

Suami isteri ditahan edar dadah lebih 10kg, nilai setengah juta ringgit
Lelaki warga tempatan dan isterinya warga China, masing-masing ditahan di sebuah rumah di Jalan Medan Ipoh, pada jam 7.45 malam.

Polis Narathiwat gagalkan cubaan seludup dadah
Polis Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan metrik dadah jenis 'ice' atau kristal methamphetamine bernilai hampir 350 juta baht di Narathiwat, selatan Thailand.