awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalang utama sindiket bawa masuk warga asing diserah kepada SPRM Selangor

Bernama
Bernama
21/09/2024
13:26 MYT
Dalang utama sindiket bawa masuk warga asing diserah kepada SPRM Selangor
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk tujuan permohonan reman.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disyaki dalang utama yang bersubahat dengan sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara menggunakan modus operandi 'Counter Setting' diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk siasatan lanjut.
Sumber SPRM memaklumkan, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan SPRM Negeri Sembilan pada Rabu lepas dan direman hingga Isnin ini (23 Sept) selepas permohonan dibuat di Mahkamah Seremban.
"Suspek dipercayai bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA2," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk tujuan permohonan reman.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#dalang utama
#sindiket
#warga asing
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan