awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalang utama sindiket 'counter setting' direman tujuh hari

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2024
07:00 MYT
Dalang utama sindiket 'counter setting' direman tujuh hari
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman. -Astro AWANI
SHAH ALAM: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang dipercayai dalang utama sindiket 'counter setting' direman tujuh hari bermula hari ini.

Ringkasan AI
  • Seorang pegawai Imigresen Malaysia direman selama tujuh hari bermula hari ini atas dakwaan terlibat dalam sindiket 'counter setting'.
  • Pegawai tersebut didakwa menerima rasuah di kaunter imigresen KLIA untuk membenarkan kemasukan warganegara asing yang tidak memenuhi syarat.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Perintah reman hingga 28 September terhadap tertuduh lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Sabri Ismail di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Ahad.
Perintah itu dikeluarkan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Suspek ditahan pada jam 1 tengah hari Sabtu di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
Tertuduh yang diwakili peguam Shahidah Muslimah didakwa menerima rasuah di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang daripada ejen-ejen sindiket.
Tindakan itu dilakukan sebagai balasan membenarkan kemasukan warganegara asing yang tidak memenuhi syarat ke Malaysia.
Perbuatan itu dilakukan di antara tahun 2021 hingga 2023 ketika suspek masih bertugas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana terlibat dalam memberi, menawarkan, atau menjanjikan suapan kepada individu lain dengan niat untuk mempengaruhi keputusan atau tindakan dalam kapasiti rasmi.
Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang memburu seorang pegawai imigresen yang disyaki 'berpengaruh' dalam kegiatan sindiket itu.
Pegawai terbabit dilapor sudah melarikan diri, namun dipercayai masih berada di dalam negara, sebaik sahaja operasi siasatan kes itu bermula.
Topic Berkaitan
#counter setting
#dalang direman
#pegawai Jabatan Imigresen Malaysia
#terkini
#kaunter imigresen KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan