awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF 2026: Trump gugurkan ancaman tarif berkaitan Greenland selepas rundingan NATO
Tingkatan enam, matrikulasi bawah KPT perkukuh kesediaan pelajar ke universiti
LHDN galak PMKS laksana e-Invois secara sukarela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana kesan sampingan vaksinasi mampu pertingkat keyakinan awam namun perlu telus - MHC

Bernama
Bernama
25/03/2021
20:05 MYT
Dana kesan sampingan vaksinasi mampu pertingkat keyakinan awam namun perlu telus - MHC
Pengurusan dana itu perlu dilakukan secara telus bagi melindungi kepercayaan orang ramai. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Peruntukan dana kerajaan sebanyak RM10 juta untuk memberikan pampasan kepada individu yang mengalami kesan sampingan teruk susulan pengambilan vaksin COVID-19 akan membantu meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang awam, demikian menurut Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC).
Bagaimanapun, kenyataan MHC menyebut pengurusan dana itu perlu dilakukan secara telus bagi melindungi kepercayaan orang ramai dan memastikan akauntabiliti selain memberikan kejelasan berhubung kelayakan pampasan serta permohonan bagi mendapatkan pembayaran balik sekiranya mereka memerlukan rawatan perubatan pasca vaksinasi.
"Kerajaan harus memasukkan butiran ini dalam komunikasi vaksin mereka bagi melenyapkan kebingungan dan kegusaran mengenai proses vaksinasi.
"Kerajaan perlu memaksimumkan usaha dalam membina keyakinan orang awam dengan memastikan setiap langkah dalam proses vaksinasi adalah jelas, telus dan mudah difahami," menurut kenyataan itu.
MHC turut menggesa kerajaan agar menerbitkan laporan Adverse Events Following Immunisation (AEFI) atau kesan advers susulan imunisasi secara berkala bagi menghilangkan desas-desus serta meningkatkan keyakinan terhadap vaksin.
Kenyataan itu menyebut Malaysia hendaklah menyertai negara seperti Norway dan Korea Selatan yang mengemas kini reaksi advers terhadap ubat-ubatan secara mingguan di daftar dalam talian yang boleh diakses oleh orang ramai.
"Pelaporan data ini secara berkala akan membantu meningkatkan pemahaman orang ramai tentang vaksin itu. Selain itu, kerajaan perlu menggalakkan rakyat agar melaporkan sebarang kesan advers termasuk mengemas kini MySejahtera sehingga menjadi antara saluran pelaporan," katanya.
Pada 22 Mac lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan bahawa kerajaan telah memperuntuk dana awal sebanyak RM10 juta sebagai bantuan khas kewangan kepada rakyat Malaysia dan warga asing yang mengalami kesan sampingan advers selepas divaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Dana itu, di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN), akan diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA).
Di bawah peruntukan itu, penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius dan memerlukan rawatan di hospital dalam jangka panjang akan menerima RM50,000 manakala bantuan sebanyak RM500,000 akan diberikan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat vaksinasi COVID.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#dana
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#kerajaan
#kesihatan
#Malaysia
#kesan sampingan
#MHC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan