Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menjalankan ujian tekanan bagi memantau, mengurangkan serta menguruskan risiko sistemik daripada aktiviti dalam pasaran sekuriti serta derivatif dan mendapati dana pelaburan adalah berdaya tahan terhadap pelbagai tekanan penebusan.
Dalam Laporan Tahunan 2019 yang dikeluarkan hari ini, SC berkata ini seiring dengan mandat di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCMA) dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Pendekatan itu diambil berikutan risiko kecairan skim pelaburan kolektif akan memberi kesan terhadap pelbagai segmen pasaran akibat peruntukan kepada pelbagai kelas aset, dana pelaburan yang turut dipilih sebagai segmen pertama menjalani ujian tekanan makro.
"Secara keseluruhannya, terdapat kesan penularan yang minimum terhadap segmen pasaran modal yang lain," katanya.
Malah, terdapat pelbagai pertimbangan yang dibuat terhadap reka bentuk senario iaitu bilangan dan jenis faktor kejutan yang digunapakai ke atas portfolio pelaburan dan kaedah pencairan hipotesis yang akan digunakan oleh pengurus dana terhadap dana masing-masing.
SC juga menegaskan bahawa ujian tekanan makro menggunakan analisis sensitiviti yang mana hanya satu faktor kejutan daripada tekanan penebusan besar yang diguna pakai terhadap bahagian liabiliti dana tersebut iaitu tekanan penebusan.
"Tiga senario tekanan penebusan diguna pakai dalam ujian tekanan makro berdasarkan pola penebusan lalu," katanya.
Untuk nota, SC berkata latihan ini tidak bermaksud untuk menggantikan ujian tekanan sedia ada yang dijalankan di peringkat portfolio oleh peserta pasaran sebaliknya bertujuan melengkapi ujian tersebut dengan pemahaman menyeluruh mengenai sistem saluran penularan dan perincian kejutan yang berpotensi menjejaskan kestabilan pasaran modal.
"Ini juga selaras dengan Prinsip 6 Objektif Pengawalseliaan Sekuriti IOSCO yang mana sesebuah pengawal selia sekuriti bertanggungjawab untuk menyumbang kepada proses pemantauan, pengurangan dan pengurusan risiko sistemik," katanya.
Bagi meredakan tekanan penebusan, SC berkata dua pendekatan pencairan biasa dipertimbangkan dengan menjual pelaburan paling cair kepada yang paling kurang cair (kaedah pembubaran `waterfall' atau `horizontal slicing'), atau dengan menjual pelaburan secara prorata (kaedah pencairan pro-rata atau `vertical slicing').
"Selepas mempertimbangkan kebaikan dan keburukan kedua-dua pendekatan pencairan ini, telah diputuskan bahawa pendekatan 'horizontal slicing' adalah paling sesuai dan menepati objektif keseluruhan ujian tekanan makro ketika ini.
"Ia membolehkan pemerhatian terperinci terhadap saluran penularan yang berpotensi dengan segmen pasaran kewangan lain, iaitu kesan penularan silang yang timbul daripada deposit dan penempatan pasaran wang dalam sektor perbankan, serta pendapatan tetap dan pelaburan ekuiti dalam pasaran modal," katanya.
SC juga menyifatkan bahawa setiap dana pelaburan adalah unik dan satu model dalaman telah dibangunkan bagi memastikan semua andaian dan metodologi pendasar boleh digunapakai bagi sebilangan besar dana pelaburan sebelum keputusan diagregatkan di peringkat makro.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 16 2020
Pendekatan itu diambil berikutan risiko kecairan skim pelaburan kolektif akan memberi kesan terhadap pelbagai segmen pasaran.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Bursa Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap Serba Dinamik
Permohonan mahkamah dibuat berikutan kegagalan Serba Dinamik untuk mematuhi arahan Bursa Malaysia bertarikh 22 Okt, 2021.
Dana pelaburan mampu berdaya tahan hadapi tekanan - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menjalankan ujian tekanan bagi memantau, mengurangkan serta menguruskan risiko sistemik daripada aktiviti dalam pasaran sekuriti serta derivatif dan mendapati