awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana politik RM2.6 bilion: Najib setuju beri keterangan kepada SPRM

Bernama
Bernama
12/11/2015
12:06 MYT
Dana politik RM2.6 bilion: Najib setuju beri keterangan kepada SPRM
Najib berkata beliau akan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.
Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa beliau diminta memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes berkenaan.
"Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut.
"Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya sememangnya menjadi hasrat beliau untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes itu memandangkan ia telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed di Johor Baharu, hari ini berkata perdana menteri telah bersetuju untuk diambil keterangan mengenai dana politik itu, dan sedang menunggu tarikh untuk menemu bual perdana menteri.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Jabatan Perdana Menteri akan menjawab semua soalan yang dibangkitkan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri pada persidangan Dewan Rakyat pada 3 Dis depan.
Azalina dilapor berkata adalah lebih baik untuk mengumpul semua soalan mengenai perkara itu dan menjawabnya pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.
Sama ada Najib atau menteri di JPM akan menjawab, ianya adalah prerogatif perdana menteri, katanya.
Topic Berkaitan
#Apandi Ali
#dana politik
#najib
#RM2.6 bilion
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan