DAP hormati kedudukan Islam, ajak Dr Maza berbincang - Steven Sim

Madiha Abdullah
Mei 4, 2019 04:07 MYT
DAP sentiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai Persekutuan dan kecewa kerana sering dituduh sebagai anti Islam oleh pembangkang. - Facebook
DAP sentiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai Persekutuan dan bersedia menerima teguran.
Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong ketika membuat kenyataan itu turut meluahkan rasa kecewa kerana parti itu sering dituduh sebagai anti Islam oleh pembangkang.
"DAP senantiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan berdasarkan Perlembagaan negara, namun difitnah oleh pihak pembangkang sebagai anti-Islam, sedangkan kleptokrat dan perasuah negara pula disanjung oleh mereka.
"DAP bersedia menerima teguran dengan lapang dada, tetapi ada keperluan untuk menolak fitnah pembangkang yang mendakwa DAP menentang syiar dan syariat Islam," kata Sim dalam kenyataan yang dimuat naik ke akaun Twitternya.
Sim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam pada itu memaklumkan beliau telah menghubungi Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA berkenaan laporan media yang dikatakan memetik kenyataan Mufti Perlis itu berhubung DAP dan Islam.

Saya telah menghubungi @realDrMAZA, dan Sdr @guanenglim juga telah mengajak beliau bertemu. Semoga silaturahim antara kita terus berkekalan. Jemput baca kenyataan media di bawah. RT dan sebarkan. pic.twitter.com/9G4RrS4Hxp

— Steven Sim (@scheekeong) May 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Satu pertemuan akan diatur membabitkan mereka bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membincangkan sebarang isu dan keraguan yang timbul.
"Saya telah menghubungi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan berbicara berkenaan laporan media baru-baru ini yang kononnya memetik kenyataan beliau tentang DAP dan Islam," kata Sim.
Walau bagaimanapun, beliau dimaklumkan Mohd Asri bahawa laporan media adalah berlainan dengan apa yang diperkatakan.
Terdahulu Dr Maza dikatakan membuat kenyataan wujud persepsi kerajaan PH gagal mempertahankan Islam disebabkan pemimpin DAP yang gagal mengawal diri daripada membuat kenyataan yang menimbulkan tanggapan sebegitu.
#DAP #Islam #Lim Guan Eng #Mohd Asri Zainul Abidin #pembangkang #Perlis #Steven Sim Chee Keong