[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

DAP mahu umum calon selepas SPR putus PRK Pujut

Bernama 17/05/2017 | 04:58 MYT
Chong berkata DAP sudah mengenal pasti calonnya. - Gambar fail
DAP Sarawak akan mengumumkan calonnya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.

Beliau berkata DAP sudah mengenal pasti calonnya.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilapor sebagai berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi tersebut dan akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan perkara itu.

Kerusi berkenaan kosong berikutan pemecatan Anggota Dewan Undangan Negeri Pujut dari DAP, Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan berhubung isu kerakyatan.

- BERNAMA


#DAP #pilihan raya kecil #Pujut #Suruhanjaya Pilihan Raya