DAP lebih perlu memahami impian rakyat Malaysia terutama umat Islam berbanding PAP di Singapura, kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Selain itu, Tony juga berpendapat DAP juga perlu membuktikan bahawa mereka merupakan parti untuk semua rakyat Malaysia bukan mewakili satu kaum sahaja.

"DAP perlu memahami impian rakyat Malaysia termasuk Orang Islam dan DAP perlu membuktikan mereka merupakan parti untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam program Agenda AWANI 100 Hari Malaysia Baharu.