awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan

Bernama
Bernama
11/12/2022
09:12 MYT
DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan
Chong turut menegaskan jawatan menteri dan timbalan menteri daripada parti itu bukanlah agenda utama DAP, tidak kira di peringkat Persekutuan ataupun negeri. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Kesemua Ahli Parlimen DAP Sarawak memberi jaminan akan memainkan peranan sebagai ahli 'backbenchers' (penyokong) Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat, kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
Beliau turut menegaskan jawatan menteri dan timbalan menteri daripada parti itu bukanlah agenda utama DAP, tidak kira di peringkat Persekutuan ataupun negeri.
"Perkara utama ketika ini ialah DAP dan PH adalah blok utama di peringkat Persekutuan dan kami (DAP Sarawak) berperanan menjadi semak dan imbang di Parlimen serta memastikan ketelusan dan tadbir urus yang baik dilaksanakan dalam agensi dan kementerian di bawah kerajaan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa DAP peringkat negeri di Ibu Pejabat DAP Sarawak hari ini.
Ahli Parlimen Stampin itu berkata prinsip parti itu adalah untuk memajukan negara dan memastikan kerajaan yang dibentuk lebih beramanah serta telus.
Chong berkata antara agenda utama negara yang perlu difokus ketika ini termasuk cabaran ekonomi semasa dan kestabilan politik.
Barisan Kabinet Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan seramai empat menteri dan enam timbalan menteri yang dilantik merupakan ahli DAP namun tiada wakil DAP Sarawak diberikan mandat.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan), Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) dan VN Sivakumar (Menteri Sumber Manusia).
Wakil DAP bagi jawatan timbalan menteri ialah Steven Sim sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Ram Karpal Singh (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Chang Foong Hin (Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Liew Chin Tong (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Teo Nie Ching (Komunikasi dan Digital) dan Lim Hui Ying (Pendidikan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP Sarawak
#backbenchers
#Kerajaan Perpaduan
#Chong Chieng Jen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan