DAP sedia pertimbang terima tawaran Perdana Menteri - Lim Guan Eng

Bernama
Ogos 22, 2021 15:54 MYT
Lim menetapkan syarat tawaran itu bukan menjadikan DAP sebagai wakil yang tidak penting dan sebagai 'pak turut' kepada pandangan kerajaan. - Gambar fail/ ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: DAP sedia mempertimbangkan tawaran untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bagi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.
Bagaimanapun dalam ciapan sebagai respons kepada ucapan sulung Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri hari ini, beliau berkata ia dengan syarat tawaran itu bukan menjadikan DAP sebagai wakil yang tidak penting dan sebagai 'pak turut' kepada pandangan kerajaan.
"Pemenang tidak boleh mengambil semua dan yang tewas tidak kehilangan segalanya," kata beliau ringkas dalam hantaran menerusi akaunTwitternya.
Tawaran untuk pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN)

Demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian, DAP sanggup mempertimbangkan tawaran untuk kepimpinan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 asalkan bukan sekadar tangkap muat dan menjadi rubber stamp kerajaan semata-mata. (1/2)

— Lim Guan Eng (@guanenglim) August 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. (2/2)

— Lim Guan Eng (@guanenglim) August 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perutusan sulungnya yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen utama, Ismail Sabri mengajak kepimpinan parti pembangkang untuk menjadi sebahagian daripada MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan dan kerjasama rentas parti dan menggesa semua pihak agar meleraikan perebutan kuasa dan menamatkan keresahan rakyat.
Tawaran itu juga dialu-alukan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Pada ketika ini kita berada di bulan kemerdekaan negara. Kemerdekaan daripada menentang penjajahan seterusnya membangunkan negara. Marilah bersama-sama bekerja sebagai satu pasukan demi negara tercinta," katanya.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #DAP #Lim Guan Eng #Majlis Pemulihan Negara #MPN #jawatankuasa khas #COVID-19