awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy

Bernama
Bernama
25/03/2023
12:13 MYT
Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy
Beliau berkata kementeriannya akan mengumumkan dapatan kajian itu serta langkah seterusnya yang akan diambil bagi meminda akta tersebut. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Kajian semakan bagi menambah baik Akta Orang-Orang Papa 1977 dalam usaha menangani isu pengemis dijangka selesai September ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengumumkan dapatan kajian itu serta langkah seterusnya yang akan diambil bagi meminda akta tersebut.
"Sekarang masih dalam peringkat kajian... Kita juga sedang menambah baik akta berkaitan warga emas sebab itu perlu dilihat secara menyeluruh kesemua akta yang kita nak pinda itu," katanya kepada pemberita selepas Program Rahmah Ramadan bersama penghuni Desa Bina Diri (DBD) di sini hari ini.
Tahun lepas, Bernama melaporkan kajian itu, yang bermula pada Julai 2022, bakal menetapkan hala tuju berkaitan isu pengemis dan gelandangan memandangkan ketika ini tiada punca kuasa serta perundangan yang khusus dalam pengoperasian dan pengendalian golongan tersebut di Malaysia.
Nancy juga berkata pihaknya akan mempertimbang keperluan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mengendali penghuni DBD yang dikategori sebagai pesakit mental.
Ia berikutan statistik DBD Kuching menunjukkan bahawa setakat ini, sejumlah 63.1 peratus atau 24 penghuninya adalah pesakit mental yang mendapat rawatan susulan di Hospital Sentosa.
Selain Kuching, terdapat empat lagi institusi yang menempatkan kes orang papa termasuk pengemis iaitu DBD Mersing di Johor, DBD Jerantut (Pahang), DBD Kota Kinabalu (Sabah) dan Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh (Selangor).
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#warga emas
#Ramadan
#Akta Pengemis
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan