MALAYSIA
Dapatan, saranan daripada AGTF akan dibentangkan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Tengku Zafrul ketika mempengerusikan Mesyuarat Kelima Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF Ke-5) di MITEC,hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Dapatan dan saranan daripada mesyuarat Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF) akan dibentangkan dan dibincangkan secara kolektif pada cadangan sesi bersama Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.
Ringkasan AI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penubuhan AGTF bertujuan mewujudkan platform ASEAN Track 1.5 yang ad-hoc dan khusus di bawah bidang kuasa Forum Teknikal Peringkat Tinggi ASEAN (HLTF), berperanan membangunkan penyelesaian strategik sebagai respons terhadap pelbagai tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun ini.
"Bagaimanapun, pada mesyuarat khas AEM pada 10 April lepas, sebagai respons terhadap tarif yang dikenakan oleh pentadbiran Trump, AEM bersetuju bahawa peranan AGTF tidak terhad kepada isu ASEAN-AS, dengan memperluas tumpuannya kepada pelbagai keutamaan geopolitik dan geoekonomi yang lebih luas.
"Pendekatan itu memastikan perspektif yang seimbang, menggalakkan persefahaman bersama dan membimbing dasar yang memperkukuh daya tahan ekonomi dan kesepaduan politik ASEAN," katanya semasa merasmikan mesyuarat AGTF ke-5 hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tengku Zafrul di luar Mesyuarat AEM ke-57, yang diadakan dari 22 hingga 26 Sept 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia Dyah Roro Esti Widya Putri dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Menurut Tengku Zafrul, ASEAN akan dapat merangka strategi yang memacu pertumbuhan mampan, memperkukuh daya tahan dan menjamin kemakmuran jangka panjang negara anggota dengan menyepadukan pertimbangan ekonomi dan politik.
"Keputusan dasar, rangka kerja tadbir urus dan kerjasama serantau secara kolektif membentuk perdagangan, pelaburan dan ekosistem ekonomi secara keseluruhan, menekankan kepentingan strategi yang selaras, proaktif dan berpandangan jauh di ASEAN," katanya.
AGTF ditubuhkan pada Sesi Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31 di Desaru, Johor pada Februari lepas. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 16 Mei lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dapatan dan saranan Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN (AGTF) akan dibentangkan kepada Menteri-Menteri Luar dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.
- AGTF ditubuhkan untuk merangka penyelesaian strategik terhadap tarif AS, namun kini diperluas kepada isu geopolitik dan geoekonomi yang lebih luas bagi memperkukuh daya tahan ekonomi dan kesepaduan politik ASEAN.
- Mesyuarat AGTF ke-5 dipengerusikan oleh Tengku Zafrul di luar Mesyuarat AEM ke-57 di MITEC, dengan penekanan kepada strategi serantau yang selaras, proaktif dan berpandangan jauh.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penubuhan AGTF bertujuan mewujudkan platform ASEAN Track 1.5 yang ad-hoc dan khusus di bawah bidang kuasa Forum Teknikal Peringkat Tinggi ASEAN (HLTF), berperanan membangunkan penyelesaian strategik sebagai respons terhadap pelbagai tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun ini.
"Bagaimanapun, pada mesyuarat khas AEM pada 10 April lepas, sebagai respons terhadap tarif yang dikenakan oleh pentadbiran Trump, AEM bersetuju bahawa peranan AGTF tidak terhad kepada isu ASEAN-AS, dengan memperluas tumpuannya kepada pelbagai keutamaan geopolitik dan geoekonomi yang lebih luas.
"Pendekatan itu memastikan perspektif yang seimbang, menggalakkan persefahaman bersama dan membimbing dasar yang memperkukuh daya tahan ekonomi dan kesepaduan politik ASEAN," katanya semasa merasmikan mesyuarat AGTF ke-5 hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tengku Zafrul di luar Mesyuarat AEM ke-57, yang diadakan dari 22 hingga 26 Sept 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia Dyah Roro Esti Widya Putri dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Menurut Tengku Zafrul, ASEAN akan dapat merangka strategi yang memacu pertumbuhan mampan, memperkukuh daya tahan dan menjamin kemakmuran jangka panjang negara anggota dengan menyepadukan pertimbangan ekonomi dan politik.
"Keputusan dasar, rangka kerja tadbir urus dan kerjasama serantau secara kolektif membentuk perdagangan, pelaburan dan ekosistem ekonomi secara keseluruhan, menekankan kepentingan strategi yang selaras, proaktif dan berpandangan jauh di ASEAN," katanya.
AGTF ditubuhkan pada Sesi Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31 di Desaru, Johor pada Februari lepas. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 16 Mei lepas.
-- BERNAMA

#Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN
#Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#Sidang Kemuncak ASEAN
#saranan