awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dapatkan kebenaran PDRM sebelum merentas negeri - MOT

Bernama
Bernama
27/04/2020
12:28 MYT
Dapatkan kebenaran PDRM sebelum merentas negeri - MOT
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan kebenaran PDRM di balai polis berdekatan terlebih dahulu. - Bernama
Orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam untuk tujuan perjalanan rentas negeri diingatkan supaya mendapatkan kebenaran atau permit perjalanan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan kebenaran PDRM di balai polis berdekatan terlebih dahulu sebelum membeli tiket perjalanan bagi mengelakkan berlakunya kerugian yang terpaksa ditanggung sendiri oleh pengguna pengangkutan awam," menurut Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan.
MOT mengambil maklum mengenai pergerakan orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk perjalanan rentas negeri apabila syarikat penerbangan kembali membuka operasi untuk penerbangan domestik.
Dalam masa sama, katanya sebagaimana kenyataan media PDRM semalam, orang ramai dinasihatkan supaya memberikan kerjasama dengan hanya memohon untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri atas sebab-sebab sahih yang ditetapkan.
MOT turut menyarankan orang ramai terutama pengguna pengangkutan awam supaya sentiasa mematuhi garis panduan pencegahan wabak COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), seperti penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut ketika di dalam pesawat serta sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Pengangkutan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan